Tokoh Persuratan Dunia Numera 2013: PROF. DR ABDUL HADI WM - TopicsExpress



          

Tokoh Persuratan Dunia Numera 2013: PROF. DR ABDUL HADI WM Pengabdian Abdul Hadi WM dalam kesusasteraan Melayu-Islami sungguh luar biasa. Dalam usia relatif muda beliau menyampaikan kk pada Seminar Kesusastraan Nusantara 1973 bersama tokoh gencar lain Umar Kayam, Goenawan Mohamad, Umar Junus, Ismail Hussein, Lutfi Abas. Kemudian dia meneruskan perjalanannya kelilng Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Daripadanya lahir beberapa kumpulan puisi seperti Meditasi. Hadi (Sutardji dan Slamet Sukirnanto memanggilnya Dul) pernah dianggap sebagai "penyair romantis yang terlambat lahir" oleh Budi Darma, Waktu menjadi staf pada Dewan Kesenian Jakarta (1978) Abdul Hadi WM mengusahakan pertemuan penyair asean yang sukses menembungkan penyair besar Asean seperti Angkarn Kalyanapong, Usman Awang dll. Beliau kemudian menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bersahabat dengan Profesor Shahnon ahmad, Profesor Dr Ali Haji Ahmad dan Prof Dr Md Salleh Yaapar sekaligus menjadi penyelia kepada tesis phDnya yang memfokus kepada sumbangan mistikal Hamzah Fansuri. Hasil kajian ini lahirlah bukunya Tasawwuf yang Tertindas. Kini beliau menjadi profesor di Universitas Para Madina, mastautin di Bogor dengan keluarganya dan masih aktif menulis di samping aktivitinya dalam kesusastraan numera-islami dan dunia. Tokoh ini akan menyampaikan Pidato Kebudayaannya pada penobatan gelar TPDN 2013 pada malam 20 November bersama dua tokoh lain Victor Pogadaev dan Dr Shafie Abu Bakar. Ucapan tahniah daripada NUMERA Malaysia.
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 02:09:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015