Tolonglah BN,,,kurangkan subsidi pada hal hal lain...Bagilah - TopicsExpress



          

Tolonglah BN,,,kurangkan subsidi pada hal hal lain...Bagilah subsidi lebih pada minyak....Tolonggggggggg lahhhhhhh.....tarik balik budget 2013...... ANTARA INTIPATI BAJET 2013.. Petani, nelayan & penjaja kecil Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion). DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota). Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. (Semak butiran lengkap di sini : Rebat RM200 Telefon Pintar) Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000. (Semak butiran lengkap : Bantuan BR1M 2.0) Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan. (Semak butiran lengkap : Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah) Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. (Semak butiran lengkap di sini : Baucer Buku RM250) Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013). Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam (Semak butiran lengkap : Bonus Sebulan Setengah) "SAYANG MALAYSIA"
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 02:25:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015