Tujuan E-book dihasilkan? Kalau kita membeli sebuah buku, adakah - TopicsExpress



          

Tujuan E-book dihasilkan? Kalau kita membeli sebuah buku, adakah kita akan membiarkannya? Sudah semestinya tidak bukan. Ia adalah semata-mata buku, tetapi pengisiannya bergantung kepada si penulis tersebut. Itulah tujuan ia dihasilkan. Untuk berkongsi ilmu dengan cara pelbagai medium. Ada orang menghasilkan tetapi diedarkan secara muat turun percuma. Tetapi kebiasaannya e-book dihasilkan adalah bertujuan untuk dijual kepada orang ramai. Mesti kita tertanya-tanya, mengapa usahawan internet, blogger atau sebagainya lebih gemar menghasilkan e-book secara online di internet? Penulis akan huraikan satu persatu. 1) Ia tiada simpanan stok yang terhad kerana ia adalah produk digital. 2) Tidak perlu risau tentang kerosakan produk kerana ia adalah berbentuk digital. 3) Kos penghantaran adalah percuma. 4) Tiada kos penambahan menghasilkan produk kerana ia hanya menggunakan perisian di dalam komputer.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 03:51:42 +0000

Trending Topics



iv>

Recently Viewed Topics




© 2015