Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan memberi tindakbalas yang - TopicsExpress



          

Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan memberi tindakbalas yang positif ke atas rawatan sejak dimasukkan ke Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN). Mengikut laporan Bernama, satu kenyataan dari pejabat beliau mengatakan, bekas Perdana Menteri itu sekarang sedang menjalani rawatan susulan, fisioterapi dan senaman. Pasukan perubatan berpuas hati dengan kemajuan beliau Itu antara isi kandungan kenyataan tersebut. Setakat ini, lawatan dihadkan hanya kepada ahli keluarga terdekat mengikut nasihat doktor. Di dalam akaun rasmi Facebook Tun Mahathir, beliau dilaporkan semakin pulih dan berada di dalam keadaan stabil. Tun Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau. Alhamdulillah keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir bertambah pulih dan stabil. Beliau berterima kasih kepada semua yang mendoakan beliau Isnin lalu, Tun Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan dada. astroawani/
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 00:59:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015