UMAT ISLAM PERLU TAHU !!!!! SALAH SATU CARA OBAMA JATUHKAN - TopicsExpress



          

UMAT ISLAM PERLU TAHU !!!!! SALAH SATU CARA OBAMA JATUHKAN ISLAM....Obama Mengutuk Keganasan di Mesir Padahal Dialah Yang Mendorongnya Dengan Pertumpahan Darah Dan Pembunuhan Beramai-ramai. Amerika Memanipulasi Pelbagai Urusan Di Mesir - Dari Presiden Yang Digulingkan, Kepada Presiden Yang Dipecat Sehinggalah Ke Presiden Yang Terlemah Semalam 15/08/2013, Obama mengulas mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku semasa operasi pihak tentera membubarkan perhimpunan di Rabiah al-Adawiyyah dan An-Nahdhah, bahawa dia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tragis yang berlaku dan dia juga mengutuk keganasan terhadap orang awam...Obama kemudian menambah bahawa kenyataannya ini adalah berdasarkan kepada kepentingan Amerika dan bahawa Mesir adalah “asas keamanan di Timur Tengah”... Sesungguhnya Obama menipu dirinya sendiri sebelum dia menipu orang lain, kerana “keamanan” yang disebutnya adalah merujuk kepada penyerahan segalanya kepada entiti Yahudi, penjualan al-Aqsa dan apa yang ada di sekelilingnya serta pengesahan Perjanjian Camp David...Kutukan Obama terhadap keganasan yang dilakukan al-Sisi ke atas orang awam adalah satu pembohongan secara terang-terangan! Adakah keganasan yang dilakukan oleh rejim Mesir tersebut terlepas daripada pengaruh Amerika? Bukankah semua itu berlaku hasil sokongan Amerika dan dengan lampu hijau, sehijau-hijaunya daripada Amerika?! Adakah wujud mana-mana orang yang waras dan sedar yang tidak menyedari bahawa tangan Amerika telah terhulur ke kancah politik, ketenteraan dan ekonomi Mesir sejak berdekad lamanya? Adakah delegasi Amerika yang sentiasa keluar-masuk Mesir, apatah lagi di setiap waktu terjadinya perubahan di Mesir, hanya keluar dan masuk untuk tujuan pelancongan atau lawatan? Sedangkan delegasi itu telah diutus secepat kilat setiap kali wujud rejim baru di Mesir dan ia selalunya terdiri daripada orang yang sangat berpengaruh, dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negara sehinggalah ke Kongres!...Selepas penggulingan Mubarak dan pengambil alihan pemerintahan oleh Majlis Tentera, delegasi AS datang mencurah-curah sejak awal lagi dan hal ini terus berlangsung sehingga setelah naiknya Mursi ke kerusi pemerintahan dan hal yang sama terus berulang setelah penggulingan Mursi apabila Abdel Fattah al-Sisi mengambil alih kekuasaan... Amerika mendalangi segala episod sedih di bumi Mesir dengan berselindung di sebalik rejim yang sedia ada mahupun rejim sebelumnya...Amerika tidak memandang remeh dalam memenuhi kepentingannya untuk mencapai matlamat, tidak kira namanya Husni, Mursi atau Sisi...mereka akan dicampakkan ke tepi jika gagal memenuhi kepentingan Amerika atau gagal mempertahankan kestabilan, yang menjadi asas kekuatan pengaruh Amerika di Mesir. Perkara ini adalah amat jelas kepada semua orang yang mempunyai mata! Sungguh menyayat hati menyaksikan Mesir yang (pernah satu ketika dulu) mengalahkan tentera Salib dan tentera Tatar dan hampir melumpuhkan entiti Yahudi, menjadi sarang kepada campur tangan Amerika, pagi dan petang, semuanya kerana pengkhianatan rejim Mesir!
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 09:48:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015