Uji minda anda...hihi Rompakan Bank Semasa rompakan di - TopicsExpress



          

Uji minda anda...hihi Rompakan Bank Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda.Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.*Ini dipanggil berfikir di luar kotak. - berfikir lain daripada yang lain!Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!*Ini dipanggil sebagai Profesional. - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat.Perompak tua menyangkal dan berkata: kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut.*Ini dipanggil Pengalaman. - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!.*Ini dipanggil inovatif. - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!Penyelia berkata: alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit*Ini dipanggil berpandangan jauh. - merancang masa depan selangkah lebih awal!Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.Perompak sangat marah dan mengadu: Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri.*Ini dipanggil Pengetahuan. - pengetahuan kunci kejayaan hidup!Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.*Ini dipanggil sambil menyelam minum air. - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain! Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?...
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 09:43:51 +0000

Trending Topics



iv>

Recently Viewed Topics




© 2015