UniMAP Terima Anugerah Emas Di Rome Itali Kangar,24 Jun -- - TopicsExpress



          

UniMAP Terima Anugerah Emas Di Rome Itali Kangar,24 Jun -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menerima Anugerah Emas bagi Kualiti dan Prestij Perniagaan daripada Otherways Association, Management and Consulting di Rome, Itali. Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh gilang gemilang di Rome Cavalieri, di ibu kota Roma, Itali. Anugerah tersebut diberikan kepada entiti korporat yang mencapai tahap luarbiasa dari segi Prestij, Inovasi, Komitmen di dalam Kualiti dan juga Kecemerlangan. Setiap organisasi yang terpilih telah perlu dicalonkan oleh jawatankuasa dalaman berdasarkan undian makro melalui internet dengan ketetapan kriteria seperti, kepuasan pelanggan, kelestarian pendidikan dan perniagaan, hasilan perniagaan dan pengiktirafan ISO. Naib Canselor UniMAP, Brig Gen Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin, mewakili UniMAP telah menerima anugerah ini di majlis makan malam yang disertai peserta dari 48 buah negara di seluruh dunia dan UniMAP merupakan penerima tunggal bagi organisasi pendidikan tinggi dari negara Malaysia. Prof Dr Kamarudin berkata pengiktirafan ini merupakan hasil titik peluh semua warga UniMAP yang meletakkan kualiti sebagai objektif penting di dalam organisasi. “Kita dapat melihat hasilan dengan pencapaian kita mendapatkan persijilan ISO MS 9001:2008, IQ Net, ISO IEC 27001:2007 dan SETARA,”katanya. Di dalam ucapan beliau semasa menerima anugerah tersebut beliau turut menegaskan kepentingan kualiti di dalam pentadbiran dan bagaimana kualiti itu mampu mengangkat mertabat sesebuah institusi dengan hasilan yang lebih berimpak. Bersempena lawatan ke Rome ini, Prof Dr Kamarudin turut mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia Itali, Datin Paduka Halimah Abdullah bagi membincangkan cadangan kolaborasi di Itali. Turut serta bagi lawatan ini Timbalan Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa, En. Shafiq Hizwari Md Hashim.
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 08:45:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015