Unit Tindakan Khas Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK - TopicsExpress



          

Unit Tindakan Khas Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan. Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan. Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas Komando 69. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana Komando 69, Unit Tindakan Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia. VAT 69/UTK Logo Pasukan Elit Komando 69/UTK. Aktif Oktober 1969 - VAT 69 Januari 1975 - UTK Negara Malaysia Cawangan Polis Diraja Malaysia Jenis Pasukan Elit Peranan Pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang Keanggotaan Sulit Sebahagian dari Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA Markas/Ibu pejabat Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan Pusat Latihan PGK Ulu Kinta, Perak Gelaran Task Force, Charlie Force, Special Project Unit, PGK B - VAT 69 PGK A - UTK Motto Warisan Darah Perwira - VAT 69 Tangkas Banteras Ganas - UTK Perang/pertempuran Insurgensi Komunis, Penumpasan Lanun, Pencegahan Jenayah, Militan Rizal Aleh (MNLF) Pasukan Gerakan Khas Panji Pasukan Gerakan Khas. Aktif 20 Oktober 1997 - kini Negara Bendera Malaysia Malaysia Cawangan Polis Diraja Malaysia Jenis Pasukan Operasi Khusus Peranan Pencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang Keanggotaan Sulit Sebahagian dari Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA dan Pasukan Operasi Khusus Malaysia Markas/Ibu pejabat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan Pusat Latihan PGK Ulu Kinta, Perak Gelaran PGK Detasemen A - UTK PGK Detasemen B - VAT 69 Motto Warisan Darah Perwira - VAT 69, Tangkas Banteras Ganas - UTK Warna Beret Merah hati dan Perang Ulang tahun 23 Oktober, 25 Mac (Ulangtahun Peringatan Hari Polis), 31 Ogos (Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia) Perang/pertempuran Sila lihat Operasi yang diketahui Komander Kolonel Rejimen SAC II Muhammad Sabtu bin Osman Tanda kebesaran Trimedia PGK Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Battalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan perang ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia. Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara. Senarai kandungan 1 Identiti 2 Tugas 3 Sejarah 4 Organisasi 5 Operasi, Perintah dan Kawalan 6 Peranan 7 Latihan Bersama 8 Tokoh Terkenal PGK 9 Pangkat 10 Kelengkapan 10.1 Senjata Api 10.2 Peralatan Sokongan 10.3 Kenderaan Tempur 10.4 Kesimpulan 11 Unit Induk 11.1 Unit Selam Tempur 11.2 Unit Tindak Cepat 12 Senarai Komander Pasukan Gerakan Khas 13 Kawasan yang dipertanggungjawabkan 14 Operasi 14.1 Insiden Genting Sempah 14.2 Ops Subuh 14.3 Ops Api Sawit 2 14.4 Ops Api Laras 14.5 Geng Steyr tumpas 14.6 Reformasi 14.7 Lain-Lain Operasi 15 Filem/Drama 16 Kontroversi 17 Rujukan 18 Pautan luar Identiti Beret Merun Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas A atau Unit Tindakan Khas. Beret Perang Pasir Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69. Trimedia Sayap Payung Terjun Merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh pasukan elit PDRM ini. Dan juga kemampuannya dalam pengoperasian unit payung terjun pasukan ini dan penyusupan komando melalui udara. Ketiga-tiganya dianugerahkan oleh United Kingdom Special Air Service, kerana unit inilah yang menjadi perintis utama penubuhan dua buah pasukan elit PDRM ini. Tugas Peranan Pasukan Gerakan Khas meliputi: Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur. Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas. Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera. Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara. Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste. Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia. Tugas kawalan rapat ke atas Yang DiPertuan Agung, raja-raja diseluruh Malaysia, menteri dan orang-orang kenamaan serta diplomat. Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara. Sejarah Organisasi Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69. Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA). Berikutan meningkatnya beberapa siri insiden keganasan di pasca serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, unit ini dipertingkatkan kepada penugasan anti keganasan bagi mengelakkan negara yang berdaulat ini dipengaruhi oleh sebarang agenda pengganas walau seinci sekalipun. Bagi memastikan sebarang operasi (khasnya operasi anti-pengganas) berjaya, keanggotaan PGK yang mana 1 platun berkekuatan 6 hingga 10 anggota dan diketuai oleh pegawai berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor hingga Superintendant terdiri daripada ahli raifal atau anggota CQB, pakar bahan letupan, komunikasi dan paramedik. Selain itu, unit ini turut bekerjasama dengan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia seperti 10 PARA, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU bagi menjaga keselamatan dan keamanan Malaysia. Operasi, Perintah dan Kawalan Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas. Peranan Anggota polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM semasa serbuan di dalam kokpit pesawat. Perhatikan pistol Glock 17 yang menjadi senjata utama pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini. Anggota polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM semasa serbuan di dalam kokpit pesawat. Perhatikan pistol Glock 17 yang menjadi senjata utama pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini. UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi mengekang kegiatan jenayah bersenjata di pekan dan bandar. Manakala Komando 69 yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira Komando 69 kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas. Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. UTK diberi beret maroon dan Komando 69 dianugerahkan beret kelabu, iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS. Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila kedua-dua beret kebanggaan unit ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja setelah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong. Latihan Bersama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mencuba beret PGK yang dipersembahkan sebelum kedua-dua beret kebanggaan unit elit ini dianugerahkan dengan gelaran Beret Diraja. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mencuba beret PGK yang dipersembahkan sebelum kedua-dua beret kebanggaan unit elit ini dianugerahkan dengan gelaran Beret Diraja. Pasukan Gerakan Khas turut menjalani latihan silang bersama dengan unit-unit elit luar negara seperti British SAS, BRIMOB Indonesia, STAR Singapura, ASASR (Australia), NZSAS (New Zealand), Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, US Green Beret dan US Special Operations Command Pacific (USSOCPAC). Unit ini mendapat latihan khas meliputi kursus; Teknik tempur jarak dekat (CQB atau CQC) Mencari dan menyelamat Menyelamat tebusan Penerjunan bebas (HALO/HAHO) Mematikan alat letupan (EOD) Mengalih atau mematikan bahan HAZMAT Operasi di kawasan pembinaan - OBUA Tempur bukan konvensional Kawalan rapat Kepakaran menembak pantas dan tepat (sharpshooter) Sabotaj Perisikan khas Penggunaan pelbagai bahasa Tempur dan menyelamat didalam bangunan, pelantar minyak, kapal dagang serta didalam bandar - FIBUA Tempur didalam keretapi, lapangan terbang dan pesawat udara Pengintipan Turun menggunakan tali Rondaan jarak jauh Penembak tepat Pengendalian sistem C4-I Penggunaan unit K9 Tempur tanpa senjata Tempur berpisau (misalnya dengan pisau tempur, keris, kapak pedang dan,terutamanya kerambit) Karate do Seni silat polis (Silat Warisan Gayung Halilintar, khasnya bagi Komando 69), Mematikan jerangkap samar Letupan khas di bawah permukaan air Penyelam tempur Tempur berkenderaan khasnya bermotosikal Penyusupan lintas udara Penyamaran sulit khas(khasnya 69 Komando) Latihan payung terjun dan pelbagai lagi. Pada 10 hb Disember 2003, Ketua Polis Negara Tan Sri (B) Mohd Bakri bin Omar telah melancarkan program latihan bersama USSOCPAC dengan unit ini serta pasukan separa tentera PDRM - Pasukan Gerakan Am di Sekolah Latihan Pasukan Gerakan Am (SLPGA), Ulu Kinta, Perak. Di akhir latihan, dipercayai 42 daripada 194 yang layak dalam pemilihan pasukan ini. Bagi pemilihan dalam latihan asas Komando 69 pada bulan Mei hingga September 2006, hanya 44 daripada 91 anggota berjaya dipilih. Tokoh Terkenal PGK Wira Komando 69, DSP G/9045 Mohd Noor bin Razak (bersara) Wira Komando 69, ASP G/10958 Abdul Razak bin Mohd Yusoff ASP G/11188 M.V Serikumar s/o Madhavan Nair ASP G/12236 Abd. Rahim Saffiee Wira Komando 69, ASP I/3427 Mohd Zabri bin Abdul Hamid (meninggal dunia pada 3 September 1975) Sarjan Abdul Rahim bin Megat Koperal Md. Nazri bin Kassim Koperal Jamaluddin bin Md. Isa Koperal Ismail bin Ibrahim (meninggal dunia pada 27 Mac, 2000 - Nahas Payung Terjun) Koperal 110992 Idrus bin Johar (meninggal dunia pada 18 Ogos, 2004 - Nahas Payung Terjun) Koperal Zawawi bin Hassan Koperal/W 133562 Mazlinda binti Mohd Noor Koperal/W 138143 Merli Zaifa binti Abdul Sani Berikut adalah senarai pangkat dan jawatan yang dipakai oleh unit ini sepertimana unit PDRM yang lain. Komander=Assisten Commisioner (ACP) kepada Deputy Comissioner (DCP). Ketua Batalion=Assisten Superintendent (ASP) kepada Superintendent (Supt). Ketua Kompeni=Inspektor kepada Cif Inspektor Ketua Skuad/Ketua Platun=Sarjan kepada Sub Inspektor. Kelengkapan Sebagaimana pasukan khas yang lain, Pasukan Gerakan Khas semestinya dilengkapi dengan persenjataan khusus dan peralatan khas bagi penugasan khas menangani keganasan dan kegiatan jenayah berat. Disini ialah senarai senjata api dan peralatan yang digunakan oleh unit ini. Senjata Api Data Kelengkapan Senjata Api Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal Tempur/Karbin Penembak Tepat Mesingan P. Grened Glock 17 Benelli M3 Super 90 HK MP5A5 Colt M4A1 SOPMOD Block I Acc-Int. PM FN Minimi HK AG-364 Glock 18 Franchi SPAS-12 HK MP5-N Colt M16A1 HK PSG-1A1 M60E2 M79 Glock 19 Mossberg 590 HK MP5K-A4 HK 416 Commando1 Remington M700 M203 HK Mark 23 Mod 02 Remington M870 HK MP5SD3 HK G36C HK USP Compact Remington M1100 HK MP7A11 Steyr AUG A2 Sig Sauer P2022 HK UMP 9 STI Grandmaster 1Diawal tahun 2007, dipercayai PDRM akan dibekalkan sistem persenjataan terbaru oleh Syarikat Persenjataan Heckler & Koch yang terdiri daripada senjata HK MP7 PDW, HK 416 Commando, HK 417 Sniper dan HK XM8 Commando kepada unit Pasukan Gerakan Khas dan unit-unit lain setelah menjalani uji nilai pada bulan Disember 2006 bagi meningkatkan keperluan sistem persenjataan yang ada didalam PDRM. 2Difahamkan, pistol separa automatik Heckler & Koch Mark 23 berkaliber .45 ACP turut dibekalkan kepada unit elit PDRM ini bagi menggantikan pistol Colt M1911 yang telah usang, tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang menggunakannya. Ini kerana, majoriti dikalangan pegawai dan anggota elit ini lebih gemar menggunakan pistol berkaliber 9 mm namun Mark 23 ini masih mendapat tempat terutamanya jika digunakan dalam pertempuran jarak dekat memandangkan ianya begitu efektif dan mampu memberikan kuasa tembakan yang amat jitu (stopping power) sungguhpun menggunakan kaliber yang berkuasa tinggi. 3Turut difahamkan, HK UMP 9 yang menggunakan peluru 9 mm ini turut digunakan oleh pasukan respon krisis yang ada di dalam unit aturgerakcepat Pasukan Gerakan Khas serta cawangan-cawangan PDRM dalam menangani sebarang krisis yang melibatkan keganasan dan jenayah. Submesingan Heckler & Koch MP5 adalah sistem persenjataan ringan yang paling cukup sinonim dengan persenjataan pasukan khas seluruh dunia termasuk PGK sendiri. 4Pelancar bom tangan HK AG-36 yang boleh dikembarkan dengan raifal G36, 416 dan M4 atau M16 akan dibekalkan kepada unit ini bagi memperkasakan sistem persenjataan ringan unit ini. Peralatan Sokongan Data Kelengkapan Sokongan Grened Kuasa Tinggi Grened Cahaya Gas Pemedih Mata Perisai Taktikal Sistem Pandang Malam Penanda Laser T - Baton Gari Flexi Topeng Gas Taser Penyembur Lada Pejera Teleskopik Kamera Optik Lampu Suluh Battering Ram Ves Kalis Peluru Bahan Letupan C4 Kamera Jarak Jauh Tangga Gempur Peluru Tambahan Topi Balistik SPECTRA Pejera Titik Merah ML2 Aimpoint CompM2 Aimpoint CompM4 A/Pertolongan Cemas Gari Skop Inframerah Peluru Kekacang2 Alat Pemusnah Bom AN/PEQ-6 2Peluru kekacang atau bean bag shells merupakan peluru senapang patah yang biasanya digunakan oleh polis khasnya di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyuraikan rusuhan yang tidak mampu dikawal dengan gas pemedih mata. Ia tidak sama dengan kaliber Buckshoot, bebola kekacang peluru yang diperbuat daripada plastik dan getah ini hanya boleh mendatangkan kecederaan minima dan ia tidak membunuh. Bagi kegunaan Pasukan Gerakan Khas, peluru ini digunakan untuk mencederakan penjenayah sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penjenayah itu hidup-hidup. Kenderaan Tempur Berdasarkan laporan, unit ini menggunakan kereta perisai Commando V-150D dan GKN Sankey AT105 yang dilengkapi dengan senjata mesingan M60 oleh Pasukan Gerakan Am sebagai kenderaan tempur didarat khususnya dikawasan bandar dan hutan serta mengubahsuai kenderaan peronda polis (MPV), trak, van dan bas sebagai kenderaan taktikal. Bagi peperangan maritim pula, unit ini dibekalkan dengan bot tempur, jet ski dan Marine Subskimmer (bot selam mini) untuk tugas-tugas operasi amfibi dan kawasan perairan. Sementara bagi penugasan operasi melalui udara, Pasukan Gerakan Khas menggunakan pesawat pengangkutan udara dari jenis C-130 Hercules yang dipinjamkan khas daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pesawat milik Unit Udara PDRM sendiri yang terdiri daripada Cessna 206G, Cessna 208 Caravan 1 dan Pilatus Porter PC-6 bagi kegunaan unit payung terjun, penyusupan lintas udara dan penerjunan bebas (HALO/HAHO) serta helikopter jenis E-Squirrel AS-355 F2/AS-355N bagi tugas pengintipan, penurunan melalui tali dan teknik hover jump iaitu penerjunan dari pesawat ke permukaan air. Kesimpulan Kesimpulannya, kesemua penggunaan meliputi kelengkapan, persenjataan, peralatan sokongan, latihan dan logistik serta kenderaan pengangkutan yang dibekalkan kepada Pasukan Gerakan Khas PDRM ini boleh dikatakan setanding dengan kelengkapan unit-unit anti pengganas Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Malaysia. Dianggarkan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan beberapa juta Dollar Amerika (US Dollar) kepada PDRM untuk membeli semua kelengkapan tersebut secara berperingkat-peringkat bagi mempertingkatkan mobiliti pasukan elit ini sejajar dengan Rancangan Malaysia yang kesembilan. Unit Induk Untuk memantapkan lagi keselamatan negara dari ancaman keganasan dan jenayah, Pasukan Gerakan Khas turut mempunyai 2 tim penggempur yang dipercayai telah dilatih sendiri oleh PGK ataupun unit khas asing, walaupun ianya kurang popular tetapi mempunyai kemampuan untuk mengekang sebarang ancaman besar yang menggugat kestabilan negara. Unit yang diperkatakan tersebut adalah Unit Selam Tempur dan Unit Tindak Cepat (UTC). Unit Selam Tempur Unit Tindak Cepat Unit Tindak Cepat pula merupakan satu unit khas berprofil sederhana yang biasanya berkhidmat dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) baik dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mahupun Jabatan Narkotik, tetapi kebanyakkannya tertumpu kepada JSJ Cawangan D9. Berpusat di ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negeri, unit ini ditugaskan untuk mengekang sebarang kegiatan jenayah dibandar-bandar besar, khasnya rompakan bersenjata mahupun aktiviti penyeludupan. Boleh dikatakan, unit ini bertindak sebagai unit penggempur hadapan sebelum bantuan daripada Pasukan Gerakan Khas tiba di lokasi serangan. Unit ini pernah terlibat dalam beberapa siri operasi cegah jenayah berat dan berjaya menumpaskan penjenayah sungguhpun penjenayah mempunyai senjata api yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa orang awam,
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 01:52:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015