[#Utusan] Tutor penuhi keperluan calon UPSR AHMAD Zaki Rashid - TopicsExpress



          

[#Utusan] Tutor penuhi keperluan calon UPSR AHMAD Zaki Rashid (tengah) bersama murid-murid dan guru menunjukkan isyarat bagus dan naskhah Tutor Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, Hulu Langat, Selangor, semalam. HULU LANGAT 24 Feb. - Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Begitulah diibaratkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pomson di sini apabila dipilih menerima sumbangan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Ropitah Ismail berkata, ini kerana pihaknya sudah lama memerlukan alat bantu mengajar dan rujukan pembelajaran bagi membantu melonjakkan kecemerlangan akademik murid. Inisiatif TNB membantu SK Kuala Pomson dalam bentuk sumbangan kewangan termasuk tajaan Tutor telah menaikkan semangat guru dan murid untuk bersaing mencapai kecemerlangan. Sebelum tajaan TNB, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh sekolah untuk meningkatkan pembelajaran murid, namun tahun ini melalui dana bantuan yang disalurkan oleh TNB, sekolah seperti mendapat suntikan semangat baharu, antaranya termasuk langganan Tutor ini, katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian langganan Tutor UPSR selama dua tahun berjumlah 924 naskhah yang disempurnakan oleh Ketua Tanggungjawab Korporat TNB, Ahmad Zaki Rasid manakala Utusan Malaysia pula diwakili Penolong Pengarang Pendidikan, Azmy Mohamed. SK Kuala Pomson yang sebahagian besar muridnya Orang Asli merupakan antara 13 sekolah pintar TNB di seluruh negara yang terpilih menikmati bantuan kewangan pendidikan berjumlah RM30,000 dan barangan peralatan hoki.
Posted on: Mon, 24 Feb 2014 20:05:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015