VAT 69 - Perjuangan Semalam Lionel Messi Lagenda Barcelona! Lionel - TopicsExpress



          

VAT 69 - Perjuangan Semalam Lionel Messi Lagenda Barcelona! Lionel Messi, dulunya seorang remaja bertubuh kurus yg pernah diketepikan River Plate pada 2000 meskipun dianggap oleh salah seorang jurulatih remaja itu sebagai gabungan antara Omar Sivori dan Diego Maradona, mencatat rekod sebagai penjaring terbanyak di Barcelona dengan 234 gol ketika berusia 24 tahun. Keyakinan Barca untuk membimbing pemain muda dari Rosario itu untuk skuad utama mereka dan menjadikannya pemain terbaik dunia mendapat balasan setimpal, ketika River kesal kerana tidak menerima pemain itu sebelum ini. Messi sudah pun menjulang 18 gelaran dalam lapan musim bersama skuad utama Barca iaitu tiga Liga Juara-Juara, lima La Liga, satu Piala Raja Sepanyol, dua Piala Super Eropah, lima Piala Super Sepanyol dan dua Piala Kelab Dunia, serta menyandang gelaran pemain terbaik dunia lebih tiga kali .... Messi berada di kedudukan terbaik dalam sejarah kerana dia menang banyak gelaran penting, menang tiga anugerah Ballon d’Or dan akan memenangi lebih banyak lagi dengan kehebatannya itu,” Johan Cruyff dipetik sebagai berkata dalam majalah terkini Barca. “Messi adalah pemain terbaik dunia setakat ini,” kata bekas pemain Belanda yang memenangi kejohanan di Eropah sebagai pemain dan jurulatih serta tiga anugerah Pemain Dunia. “Dia sukar ditandingi, dia berada di tahap berbeza.” Hakikatnya, Messi menguasai sepenuhnya gerakan penyudah, memilih masa sesuai untuk menewaskan penjaga gol atau menyungkit melepasi pertahanan, mengelirukan mereka sedang dia melakukannya dengan begitu mudah. Rajagopal sendiri mengakui, tiada siapa yg bolih mengawal Messi malam ini ... Dengan rekod membelasah kelab Brazil Santos 8-0 di Nou Camp 2 Ogos lalu serta membenam Thailand 7-1 di Bangkok, Rabu lalu ... tak taulah teman berapa bijik kita akan kena malam ni. Apa pun, kekalahan kita memang sudah dijangkakan ... cuma kita mahu melihat game yg cantik malam ini. Tapi kalaulah cempedak jadi nangka .
Posted on: Sat, 10 Aug 2013 10:52:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015