VIKINGDOM cerita tentang KRISTIAN!!???.. Semalam berkesempatan - TopicsExpress



          

VIKINGDOM cerita tentang KRISTIAN!!???.. Semalam berkesempatan menonton filem VIKINGDOM atas dasar untuk menyokong filem buatan tempatan, namun agak "terasa" seperti menonton filem klise Barat yang menyuntik elemen kebesaran agama kristian. Kisah tentang Hero yang diminta pada asalnya untuk mencari tanduk bersadur emas yang dikatakan mampu menghalang sang dewa Thor daripada menghancurkan dunia manusia. Malangnya hero tertipu kerana tanduk bersadur emas itulah antara 3 barangan purba selain daripada loket Lady Magdelene dan tukul Thor yang menjadi syarat untuk sang dewa menghancurkan agama kristian. Sang dewa Thor mahu menghancurkan agama kristian kerana mahu manusia kembali menyembah Dewa. Misi utama Hero adalah hanya untuk mencari tanduk bersadur emas itu, ini kerana hero seorang sahaja yang mampu mengambilnya di alam lain kerana hero adalah kacukkan serta mempunyai darah dewa dan manusia. Hero sebenarnya anak dewa Thor yang menyamar menjadi bapa hero dan menodai ibu hero tanpa sedar (mcm hantu raya gitu). Hampir diakhir cerita, Hero berjaya menewaskan Thor dan cuba meniup tanduk bersadur emas kerana kononya dapat mengeluarkan roh dewa Thor di dalam badan manusia (tetiba teringat lakonan Ibrahim Din dalam laksamana do re mi yang meniup harmonika). Tapi, disaat itu baru terbongkar cerita yang sebenarnya tanduk tersebut adalah alatan untuk menghancurkan agama kristian. Diakhir cerita biasalah hero akan menang dan dewa Thor serta kawannya kembali ke neraka. Niat Thor untuk menghancurkan agama kristian dan menegakkan kembali agama menyembah berhala gagal. Ayat diakhir cerita adalah, Thor gagal memusnahkan agama kristian dan manusia bebas memilih agama selain daripada agama menyembah berhala. Keluar panggung berkata dalam hati "kalau tahu cerita macam ini, taubat nak datang tengok".
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 06:14:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015