WARGA ASING DISEMENANJUNG YANG MENGAKU BERASAL DARI SABAH BAGI - TopicsExpress



          

WARGA ASING DISEMENANJUNG YANG MENGAKU BERASAL DARI SABAH BAGI MENGABURI MATA MASYARAKAT AGAR AKTIVITI TIDAK BETUL MEREKA TIDAK DAPAT DIKESAN PERLU DIBENTERAS Gerakan Besar-besaran bagi membeteras penyalahgunaan data negeri asal oleh syarikat-syarikat pengawal keselamatan, restoran-restoran, kilang-kilang dan lain-lain premis perniagaan diseluruh semenanjung dengan memalsukan Negeri Asal pekerja-pekerja asing haram untuk mengaburi mata masyarakat dan agensi-agensi Kerajaan perlu diperhebatkan. Serbuan yang dilakukan keatas sebuah rumah pengawal keselamatan haram di Selangor hari ini yang juga ditayangkan di TV3 dengan penangkapan beberapa orang warga asing dimana dua orang daripada warga-warga asing tersebut kononnya mengaku sebagai orang berasal dari Negeri SABAH sedangkan dokumen pengenalan diri pula diragui. Perkara ini seharusnya diberi perhatian khusus bagi mengelak daripada keadaan Negara mudah dibolosi oleh anasir-anasir luar melalui penyamaran Negeri asal terutamanya mengaku kononnya berasal dari Negeri SABAH. cc: Zahid Hamidi
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 12:25:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015