Warganegara Malaysia kayaraya..hartanah belantara kaya hasil - TopicsExpress



          

Warganegara Malaysia kayaraya..hartanah belantara kaya hasil mahsulnya ! Siapa yg teroka , siapa yg menguasainya ? Di Manakah kedudukan entiti Melayu/Bumi dlm menguasai sisi monopoli sumber ekonomi hasil hutan negara ini ? [email protected] ekonomi hutan Malaysia. Adakah Melayu@Bumi selesa dipersekitarannta sendiri ? Tanah Melayu@Malaysia dengan keluasan melebihi 32.83 juta hektar, terdiri daripada gabungan 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan; 11 daripada negeri-negeri tersebut serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkumi kawasan seluas 13.16 juta hektar terletak di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkeluasan 7.37 juta hektar, dan juga Sarawak yang berkeluasan 12.30 juta hektar, terletak di Kepulauan Borneo. Malaysia adalah antara negara-negara membangun seperti Brazil, Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai kawasan hutan dengan peratusan yang tinggi (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia - FAO, 2005). Lebih 59% (19.42 juta hektar) daripada keluasannya masih dilitupi hutan. Daripada jumlah ini, kawasan hutan seluas 5.88 juta hektar terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak. Luas kawasan yang dilitupi pokok-pokok ini akan meningkat kepada lebih 76% (25.90 juta hektar) sekiranya tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko dan kelapa diambil kira. Hanya 24% daripada jumlah keseluruhan kawasan tanah digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Daripada 19.42 juta hektar jumlah keseluruhan kawasan hutan, 74% atau 14.29 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 serta enakmen-enakmen dan ordinan-ordinan negeri yang berkaitan. Kawasan seluas 1.83 juta hektar di luar Hutan Simpanan Kekal pula diwartakan sebagai tamannegara dan taman-taman hidupan liar di bawah pelbagai perundangan. Undang-undang juga memastikan bahawa kawasan sejumlah 16.12 juta hektar tersebut adalah keluasan hutan yang mesti diuruskan secara berkekalan. Ini adalah tunggak asas komitmen Malaysia dalam menguruskan hutan secara mampan. Dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal, 3.11 juta hektar (22%) adalah hutan perlindungan (protection forest) dan 11.18 juta hektar (78%) lagi adalah hutan pengusahahasilan (production forest) yang mana penebangan kayu balak secara komersil melalui penggiliran berjadual yang telah ditetapkan adalah dibenarkan. Hutan pengusahahasilan hanyalah merangkumi 57% daripada jumlah keseluruhan kawasan hutan di Malaysia. Malaysia telah mengeluarkan produk-produk kayu keras tropika lebih daripada satu abad. Hari ini , ia masih kekal di antara pengeksportpengeksport utama dunia bagi produk-produk kayu keras tropika (kayu balak, kayu bergergaji, papan lapis, kayu fiber berketumpatan sederhana, kayu cip, venir dan lain-lain produk panel, kayu kumai, kayu pembinaan dan pertukangan , perabot kayu dan juga produk rotan). Mengikut statistik FAO (2006), nilai eksport kayu dan produk kayu Malaysia pada 2004 ialah USD3.53 bilion, berbanding Kanada (USD29.4 bilion), Jerman (USD15.91 bilion), Amerika Syarikat (USD15.69 bilion), Finland (USD13.54 bilion), Sweden (USD12.9 bilion), Austria (USD6.21 bilion) dan China (USD5.2 bilion). Industri kayu Malaysia telah menyumbangkan tidak lebih daripada 4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2005...//. ( Statistik 2006 – 2013 perlu kajian terperinci @kena rujuk MTC ). #Geramtahapgaban//
Posted on: Sun, 02 Feb 2014 13:42:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015