(Y) Abdul Rahman Alias (Y) Matlamat politik DAP, PKR dan Pas - TopicsExpress



          

(Y) Abdul Rahman Alias (Y) Matlamat politik DAP, PKR dan Pas ialah menguburkan Umno-Barisan Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia. Mereka berusaha keras pada 1999, 2004, 2008 dan 2013 tapi gagal. Misi mereka kini ialah mencuba sekali lagi dalamPRU14. Sejauh manakah realistiknya harapan parti pembangkang pada 2017-18? Ada yang percaya dengan prospek ini, ada juga yang tidak yakin. Melihat perkembangan semasa dan beberapa tahun akan datang, ramai berpendapat kemungkinan besar pakatan pembangkang akan berkubur terlebih dahulu. Sejak sebelum PRU13 dan terutama selepas itu, ketiga-tiga parti pembangkang menghadapi masalah dalaman dan berkonflik sesama sendiri. Beberapa penganalisis berpendapat ada dua senario bakal membunuh harapan pembangkang: sama ada DAP, PKR dan Pas akan terus berkonflik sesama mereka atau berlaku konflik dalaman yang parah dalam parti masing-masing. Kata pemerhati, walaupun DAP, PKR dan Pas nampak bersepakat dalam beberapa perkara misalnya proses pilihan raya, kempen anti rasuah dan pemansuhan ISA, perbezaan ideologi dan pendapat dalam hal-hal asas masih terlalu besar dan tidak dapat disatukan. Apa yang disorok atau disapu ke bawah permaidani pasti bersemburan juga akhirnya. Paling malang ialah Pas yang sanggup menggadaikan prinsip dengan mengetepikan penubuhan negara Islam dalam manifesto pilihan raya, namun DAP tetap menekan. Bukan setakat menyekat usaha Pas memperkenalkan perundangan Islam, DAP mahu parti politik berasas agama dibubarkan. Seperti dijangka, pemimpin Pas marah dan membantah keceluparan Karpal Singh yang mengemukakan cadangan itu, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sebagai anggota pakatan pembangkang yang bersetuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua, Pas tidak boleh buat keputusan atau ambil sebarang tindakan terhadap parti sekutu tanpa persetujuan Anwar. Ramai ahli Pas keliru kerana pemimpin mereka jelas tidak sekata. Dalam isu kalimah ALLAH, sekumpulan pemimpin Pas cakap putih, satu puak lagi cakap hitam. Menjelang muktamar ke-59 akhir bulan ini, kempen politik juga semakin hangat. Seorang pemimpin Pas yang tidak disokong satu puak dalam Pas berkata inilah kempen paling kotor pernah dilaluinya. Banyak fitnah, kata nista dan gambar jijik. Pemimpin DAP seperti Karpal dan Lim Kit Siang awal-awal ditolak ahli Pas. Tapi baru-baru ini, Karpal buat kenyataan orang tua seperti beliau dan Kit Siang perlu diberi jawatan jika pembangkang menawan Putraja Andainya PRU14 diadakan pada 2018, Karpal akan berusia 78 tahun ketika itu, Kit Siang 77, Anwar 71, Abdul Hadi 71 dan Musyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat 87 tahun. Adakah mereka yang akan mengetuai kerajaan jika pembangkang menang? Kemelut dalam DAP juga tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, kekecohan ekoran pemilihan jawatankuasa eksekutif parti belum reda. Ahli DAP tidak percaya pemimpin mereka sendiri, terutama Lim Guan Eng. Kemelut yang serius sedang berlaku di Kedah, Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Ramai yang letak jawatan atau keluar parti. Ada yang bawa kes ke mahkamah, ekoran kegagalan proses mediasi, termasuk oleh Kit Siang. Masalah dalam DAP, dan antara DAP dengan Pas, dijangka akan jadi punca utama perpecahan pembangkang. Perkara ini pernah berlaku apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001 lalu kerana membantah pendirian Pas berhubung hukum hudud dan negara Islam. PKR berperanan menjadi ‘gam’ antara DAP dan Pas. Namun, peranan ini semakin longgar kerana PKR sendiri mengalami kemelut yang serius. Konflik terbuka antara Anwar-Azmin Ali, Azmin/Zuraidah Kamaruddin-Tan Sri Khalid Ibrahim/Datin Seri Wan Azizah Ismail dan pelbagai kontroversi yang membabitkan Ketua Strategi Rafizi Ramli, Naib Presiden Nurul Izzah dan Faekah Husin menyebabkan ramai pemimpin dan ahli parti itu bosan dan kecewa. Sudah berpuluh-puluh pemimpin dan ribuan ahli yang telah meninggalkan parti ini. Pada mereka, PKR adalah parti tiada kredibiliti yang tidak menunaikan janji. Ia wujud hanya untuk dan kerana Anwar. Tidak ada Anwar, tiadalah PKR. Ibarat sebuah restoran yang hanya ada satu makanan dalam menunya.
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 02:07:24 +0000

Trending Topics




© 2015