YB Datuk Zahidi Zainul Abidin - Ahli Parlimen Padang Besar (P01), - TopicsExpress



          

YB Datuk Zahidi Zainul Abidin - Ahli Parlimen Padang Besar (P01), Perlis telah selamat mendaftar sebagai Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada pukul 9.30pagi tadi dengan nombor calon 007. Wakil Calonnya telah menunggu seawal 4.30 pagi tadi untuk membuat pendaftaran pencalonan MKT. Telah berlaku berbagai aksi dan kecelaruan di dalam proses pendaftaran calon2 ke MKT di bawah Sistem pemilihan UMNO yang baharu. Sehingga kini masih menunggu senarai penuh calon rasmi calon2 yang bertanding bagi jawatan2 MKT sehinggalah Presiden di Bangunan UMNO, PWTC Kuala Lumpur. Dengan pencalonan beliau, diharap perwakilan UMNO seramai 146,000 orang akan mengundi beliau sebagai Pelapis Pemimpin UMNO di masa akan datang yang mampu bersuara dan rendah diri serta sentiasa turun padang dan menyelami perit jerih rakyat yang sentiasa perlukan pembelaan hakiki dan tidak retorik semata mata. Sebagai pemimpin Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) iaitu sebuah badan NGO yang sentiasa proaktif dan prihatin di dalam membawa agenda Melayu dan Islam bagi kemajuan bangsa, agama dan negara. sentiasa terbuka bagi sebarang diskusi dan bengkel ilmu dan bakal diterjemahkan sebagai dasar kepada kerajaan agar kesinambungan, pembelaan dan perjuangan Bangsa Melayu dan Islam tidak ketinggalan di arus zaman. SEMUGA PERJUANGAN BELIAU AKAN MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PARA PERWAKILAN AGAR POSISI MKT DAPAT DIMUNAFAATKAN SEBAGAI PLATFOM PENTERJEMAHAN AGENDA MELAYU YANG SENTIASA WAJIB DIBELA AGAR GENERASI ANAK ANAK MELAYU TIDAK KECICIRAN DI DALAM KEMAJUAN ARUS PERDANA NEGARA. INSYALLAH. AMIN. WAKIL CALON BMT
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 10:13:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015