(*_*) MISI ke PUTRAJAYA (*_*) Misi hantar MEMO kepada PM kita - TopicsExpress



          

(*_*) MISI ke PUTRAJAYA (*_*) Misi hantar MEMO kepada PM kita Dato Sri Haji Mohammad Najib Razak Abdul Razak. Kegagalan Persatuan-Persatuan dalam GAFIM, GAFIM serta Kementerian yang bertanggung-jawab kepada hal-ehwal industri TV/Filem untuk meningkatkan harga pembelian dari stesen2 TV swasta. Kegagalan mereka harus di kemukakan kepada PM kita. Selama 18 tahun stesen-stesen semi-kerajaan (Media Prima - 4 stesen) dan juga Astro (lebih 100 channel) di mana Kerajaan Malaysia memilikki saham yang signifikan dalam stesen TV satellit itu, melalui Khazanah Malaysia. Sdr. Sinematografer Madnorkassim Kassim memerlukan lebih dari 300 warga industri (AJK & Presiden2 Persatuan lain tidak d jemput kerana mereka gagal dalam initiatif dan objektif mereka selama ini) filem & TV tanahair untuk bersama memberi MEMO dimana kandungan nya akan memberitahu bahawa keperitan yang berlaku pada warga industri d belakang tabir. Perdana Menteri juga perlu di inform secara terperinci tentang kemewahan dan kerakusan stesen-stesen TV/Satellit dalam race mencari keuntungan dengan penat-lelah pahit-maung warga Industri. Kos sara kehidupan individu telah naik lebih dari 200% mengikut inflasi setiap tahun dari tahun 1995. Tahun 1995 jugalah kali terakhir harga pembelian konten2 naik dari Rm75k kepada Rm85K; Harga pembelian masih d tahap itu sehingga sekarang. Pendapatan setiap individu warga industri tahun demi tahun semakin d cantas oleh produser-produser untuk timbal balik keuntungan atas kenaikkan harga kos pembikinan. Perdana Menteri kita perlu juga d sedarkan akan objektif penubuhan dan pemberian lesen kepada stesen2 TV swasta. Iaitu membantu menaikkan taraf kehidupan warga industri dan juga pertingkatkan kemahiran. Marilah kita sama-sama membantu rakan seperjuangan; Mad Nor Kassim dimana secara tak langsung juga akan membantu kita untuk mengegar pintu pagar JPM (simbolik) dan menyampaikan keluhan dan kemusykilan warga kita, yang d belakang tabir. Ameen. SHS
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 21:06:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015