ada masa kita up sekali gus ya.. setuju??? apa tak - TopicsExpress



          

ada masa kita up sekali gus ya.. setuju??? apa tak setuju..okay...:D bab10 “Ini la masalah orang lelaki” aku dah silangkan tangan dekat dada. Menyampah dengan dia. “Apa?” giliran dia menyoal dengan muka kerek. Eh mamat ini. Geramnya aku. “Suka membuli kaum wanita” provok aku. Dia tahan senyum. “Ini bukan membuli” “Habis itu?” “Ini menyedarkan” aku ketap bibir. Geram…geram…geram… asyik-asyik aku yang kena. Ini yang nak kena nyanyi lagi dangdut ini. Asyik-asyik, asyik yang bercinta… woi woi ada motif ke lagi ni? Inilah akibatnya bila aku turut layan gila si Awal. Aku sekali jadi tak betul. “Whatever.” Aku tarik muka. Pandang luar. Dia yang duduk bercakap aku ignore-kan. Masih leka tengok orang lalu layan balik cermin kaca warna putih dekat Starbuck itu. Melayan fikiran lebih tepat. Eh? Tegak badan aku. Ada seorang mamat berbaju kemeja biru sedang melampai-lampai ke arah aku. Macam kenal. Serius! Aku pandang kerusi depan. Kosong? Cepat-cepat aku capai handbag dan berjalan laju menuju pada Awal. Ya Awal. Dia dah tinggalkan aku. Tak patut betul. bab 11 “Susah sangat ke Dini nak paham apa cakap saya” aku diam dengar amukkan dia. Entah la aku pun tak tahu nak ulas apa. Sejak kebelakangan ini aku jadi lebih pasif banyak diam. “Tapi Dini tak buat apa-apa pun. Hanya borak-borok kosong” bela aku. Yelah kata kawan sepejabat dia. Tak salah aku borak-borak. Lagipun Awal yang tinggalkan aku sorang-sorang dekat majlis tadi. Ini nak marah kan aku. Bosan apa sorang-sorang. Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang boleh aku bual. “Saya tak suka” Awal dah hempaskan badan pada tilam. Aku yang duduk atas kerusi membelakangi meja solek hanya diam memerhati. “Kenapa hubby marah? Saya cakap dengan perempuan kot. Kalau lelaki yelah nak marah-marah” tiada lagi panggilan sayang dan hubby. Hanya saya dan awak. Nampaknya memang dia marah. “Saya tak suka awak rapat dengan dia” lirih suara dia. Ini yang aku nak tahu sangat-sangat ini. Awal ada apa hubungan dengan perempuan itu ke? Lain macam betul dia warning aku. “Dia rakan hubby” “Dia bukan rakan saya” laju Awal bersuara. “Tak nak story?” pujuk aku. Mana tahu ada sesuatu yang menarik akan aku dapat. “Dah la. Malas nak cakap pasal benda ini” Awal dah bangkit dan mencapai tuala sebelum melangkah menuju bilik air. Aku berpaling pada meja solek. Toner aku capai dan mula membersihkan muka dengan mekap dinner tadi. Walaupun tak mekap sangat tapi lebih baik kalau kita buang. Mana tahu boleh datangkan jerawat dekat muka. Bahan kimia ini bukan elok sangat. Peristiwa dekat majlis syarikat Awal buat aku berfikir. Siapa perempuan itu? Kenapa Awal tak suka? Dia hanya sembang kosong sahaja. Tak ada pulak benda-benda yang berat yang membolehkan dia dan Awal bergaduh pasal perkara ini.
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 07:31:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015