ahmad tak belajar secara amali untuk jadi doktor.. tapi kerana - TopicsExpress



          

ahmad tak belajar secara amali untuk jadi doktor.. tapi kerana kesedaran berlakunya wabak dan penyakit, ahmad belajar kedoktoran secara buku, akhirnya ahmad tahu secara umum bidang kedoktoran dan penyakit, memahami seorang Doktor bekerja, keperluan doktor.. namun, pada suatu hari, berlaku pemilihan untuk memilih pemimpin yang faqih dalam bidang Perubatan, dalam kumpulan tersebut, terdapat juga pakar pakar doktor yang tidak begitu ditonjol karisma oleh orang ramai.. maka ahmad pun cuba diangkat oleh kumpulan2 pembaca buku Perubatan untuk mengangkat Ahmad sebagai Pemimpin Mereka.. Menerajui Kepimpinan Perubatan yang Akan diwakili buat pertama kali oleh golongan pseudo Doktor.. akhirnya Ahmad terpilih untuk memimpin kumpulan Perubatan, pada satu ketika, berlaku satu kemalangan, di mana ahmad berada di tempat kejadian, Oleh kerana sudah dikenali Ahmad sebagai Ketua Kumpulan Perubatan, Ahmad dirujuk untuk memeriksa orang kemalangan tersebut, Ahmad sebagai pemimpin yang dilantik berusaha menunjukkan karisma sebagai pemimpin yang dapat berkeputusan di saat genting, Pesakit tersebut tertikam besi karat.. Ahmad pernah terbaca dalam kitab perubatan, karat amat berbahaya jika masuk dalam badan, maka dengan segera mengarahkan Pesakit tersebut, dicabut segera Besi karat bagi mengelak jangkitan yang boleh bawa kematian, Besi karat dicabut, namun darah keluar membuak2.. akhirnya pesakit itu Mati kerana Darah keluar terlalu banyak. Ahmad terpegun... tidak disangkanya bahawa keputusan berdasarkan ilmu asas Kedoktoran itu tidak membantu malah membawa kepada malapetaka.. Akhirnya AHMAD dihukum kerana kesalahan NEGLIGENCE oleh kerajaan... ada FAHAM analogi ini??.. tukar ahmad sebagai wannabe pemimpin.. bidang Perubatan sebagai Politik ISLAM.. Doktor sebagai ulama... Buku perubatan sebagai buku fiqh.. kerajaan sebagai KERAJAAN ALLAH....
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 17:53:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015