alhamdulillah dah mendaftarkan diri dan diterima masuk ke UPM. - TopicsExpress



          

alhamdulillah dah mendaftarkan diri dan diterima masuk ke UPM. akhirnya boleh buat status sbb dah janji dengan kawan2 takkan buat selagi tak daftarkan diri di sini. =) BUAT SEMUA KAWAN2 KU.... terutamanya GENX, tak lupa juga para senior yang bnyak berkorban untuk saya.. =) terima kasih atas segalanya sahabat... andai bisa kubalas jasa dan pengorbanan kalian, akan kubalas dengan bergunung intan dan permata, sejuta emas yang berbukit tinggi, bermillion wang ringgit, dolar, mahupun euro, atau pound sterling seperti dalam kisah 3 abdul, namun tak bisa, kerna aku tak punya itu semua. sungguh diri ini menghargai sahabat yang sudi menerima diri yang serba kekurangan...serba lemah... dalam meniti kehidupan sebagai seorang mahasiswa, kalianlah yang menceriakan hidup ini, walau hanya sekadar bertegur sapa di jalanan, walau hanya tersenyum ketika bertemu muka, walau hanya menjawab salamku, walau hanya bertanya mengapa daku berduka, apatah lagi yang berkongsi perasaan, bercerita itu ini, berlawak dan berjenaka, berjemaah bersama , memasak bersama, menasihati aku selalu, mengajakku melakukan kebaikan, lagi lagilah yang... menungguku saat aku terlewat ke kelas, memarahiku atas kecuaian yang saban hari aku lakukan, menegurku agar sentiasa kelihatan kemas, membebel itu ini, memberi komen tentang masakanku yang tak sedap langsung, tanpa kalian sedari, semua itu sungguh bererti bagiku.. benar, semuanya SANGAT BERERTI bagiku, kerana aku tahu, itu lambang cinta kalian, itu lambang kasih sayang kalian, itu lambang persahabatan yang kalian titik beratkan, dan yang paaaaaaaaaaling penting itu tanda kalian sedar akan kewujudan hamba ini..... maaf segala salah silap sepanjang menuntut bersama, halalkan segalanya, kerana diriku banyak lemahnya, maafkanlah Sahabat... =( doakan aku terus thabat, doakan aku berjaya di medan ini, kerana aku tahu selama ini kejayaan ku atas doa kalian. bukan usahaku yg sekecil siput sedut yang lahir tak cukup bulan itu.. jangan lupakan aku di sini, biar terpisah jasad moga hati kita tetap bersatu... may Allah bless you always and forever~ ^_^ special tag ahli beit dganu: Qayyah Nw Siti Nurul Farahah Hidayatul Hanis Hanapi Sumirah Sumiyyah Ramli p/s Wan Nur Hajar kata sejam saya buat karangan ni, trima kaseh atas laptopnya, dan yang khusyuk duk layan memori asus Shaqirah Shamsau ,udah2 ler tuh. hehe kalau yg tertag maaf, ramai sangat. =P
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 15:02:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015