berdahan condong limau kasturi daun selasih hamba - TopicsExpress



          

berdahan condong limau kasturi daun selasih hamba lurutkan tinggallah kampung tinggal negeri kerana kasih hamba turutkan buah bidara didalam puan dari kota dibawa orang sebak di dada megenang tuan air mata jatuh berlinang hendak dirajuk pada siapa hendak mengadu orang tak sudi sedihnya hati tidak terkira kasih junjungan tidak peduli tuan umpama kain sutera hamba belacu tidak berseri tidak boleh diganding bersama kabur seri rosaklah nilainya baiknya benih padi seberang sayangnya lalang tumbuh melata sakit berkasih hamba seorang badan terbuang hidup derita masamnya nenas kari permatang daun pandan tidak berduri mengharap panas hingga kepetang rupanya hujan di tengahari apalah guna kita bercinta siang malam merintih menanti apalah guna kita bersama diri terbuang orang tak sudi redhalah andai jiwa derita esok mungkin tak lagi begini redhalah andai bercerai cinta kalau itu ketentuan budi
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 06:05:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015