by Hasbie Muda Saya diminta mengulas tentang Perjanjian - TopicsExpress



          

by Hasbie Muda Saya diminta mengulas tentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Saya agak keberatan memandangkan sehingga saat ini, saya (dan kita semua) masih belum dapat meneliti dokumen perjanjian tersebut yang masih menjadi misteri kepada rakyat. Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Ir Hamim Samuri, isi perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada rakyat selagi ia belum dimeterai. Ini kalau dalam istilah kasarnya disebut ba alif ngang. Maafkan saya. Untuk memahami perjanjian perdagangan seperti TPPA, kita harus faham bahawa setiap negara yang wujud di dunia memerlukan perdagangan antarabangsa. Melalui perdagangan antarabangsa, kita boleh menikmati barang yang tidak dikeluarkan di negara kita pada harga yang lebih rendah. Umpamanya epal dan kurma. Kita dapat membeli dari negara luar pada harga yang rendah kerana kos pengeluaran di negara-negara tersebut amat rendah berbanding jika ditanam sendiri di negara kita. Ia ada kaitan dengan iklim, keadaan muka bumi, suhu dan yang paling penting kemajuan teknologi dalam sesuatu pengeluaran. Cuba bayangkan kita kita tanam sendiri epal dan kurma. Agaknya sebiji epal akan berharga RM5.00 manakala sebiji kurma berharga RM3.00. 2 faedah diambilkira apabila kita mahu berdagang dengan sesebuah negara. Faedah pertama adalah faedah mutlak yang dicadangkan oleh Adam Smith manakala yang kedua adalah faedah berbanding (cadangan David Ricardo). Kedua-duanya mengukur tahap kecekapan pengeluaran. Dalam bahasa yang mudah, faedah mutlak mengukur kecekapan berdasarkan jumlah mengeluaran sesuatu barangan berbanding negara lain manakala faedah berbanding mengukur jumlah kos lepas (oppurtunity cost) yang wujud apabila mengeluarkan sesuatu barangan berbanding negara lain. Justeru, dalam perdagangan antarabangsa, negera yang paling cekap dalam mengeluarkan sesuatu barang akan mendapat manfaat. Bagi negara yang membangun seperti Malaysia, kita masih belum cekap melainkan dalam beberapa produk sahaj. Negara yang cekap pada masa ini adalah US dan negara-negara maju yang lain. Justeru, kita dapat mengagak negara mana yang akan mendapat keuntungan jika TPPA dimeterai. Dalam mana-mana negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, diwujudkan sekatan perdagangan (trade barrier) bagi melindungi industri di negara tersebut. Jika kita tiada sekatan, sudah tentu industri tempatan akan bungkus. Umpamanya beras keluaran negara kita tidak akan laku kerana rakyat akan membeli beras Thailand yang lebih berkualiti walaupun pada harga yang lebih murah atau setanding. Akhirnya, penanam padi Malaysia akan menderita kerana padi tidak laku. Ini juga akan berlaku pada sektor-sektor yang lain. Bagi negara maju seperti US, mereka sudah tentu tidak senang dengan sekatan-sekatan perdagangan sebegini kerana mereka tidak dapat menjual produk mereka di negara lain secara meluas. Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak mengamalkan sekatan perdagangan. Mereka ibarat ketam mengajar anak berjalan. Satu agenda tersirat paling besar US melalui TPPA adalah mengekang ekonomi China yang kini pesat berkembang. US tahu bahawa China pada suatu masa nanti akan mencapat tahap kecekapan pengeluaran yang lebih tingga berbanding dengannya. Justeru, US mahu menguasai perdagangan dengan negara-negara seperti Malaysia agar ekonomi kita berkiblatkan US dan bukannya China. Ini adalah untuk survival ekonomi US sendiri. Tanpa TPPA atau sebarang perjanjian perdagangan antarabangsa yang seperti ini, masa depan US selaku gergasi kapitalis akan kian malap. Tanpa TPPA atau sebarang perjanjian perdagangan antarabangsa yang seperti ini, kita tidak akan kerugian apa-apa. Oleh kerana UMNO/BN masih memerintah, untung nasib kita kita kini bergantung pada para menteri UMNO yang arif lagi bijaksana. Rakyat hanya mampu tunggu dan lihat.
Posted on: Tue, 13 Aug 2013 22:28:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015