da sesiapa atau kengkawan anda yang tgh ambil Figure Up? sila baca - TopicsExpress



          

da sesiapa atau kengkawan anda yang tgh ambil Figure Up? sila baca berita ni.. Lagi produk pelangsingan dicemari bahan racun BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei - Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa produk melangsingkan badan Figure-Up keluaran Biospecialty Food Trading, Selangor, Malaysia telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan. Bahan pencemar Sibutramine dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Sibutramine adalah agen pelangsing yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana ianya boleh menyebabkan risiko yang serius kepada jantung dan hati dan juga tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur. Dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang menjual produk tersebut (termasuk secara online seperti melalui facebook) adalah diingatkan bahawa ianya adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 yang mana menjual produk-produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan akan dikenakan denda sebanyak $8,000.00 atau penjara selama enam (6) bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu diatas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau boleh membahayakan kehidupan manusia, jika didapati bersalah akan didenda sebanyak $16,000 dan dua belas (12) bulan penjara. Para pengguna yang menggunakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dengan serta merta. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk yang disebutkan di atas masih dipasarkan di Negara Brunei Darussalam. Sumber : mediapermata.bn/jumaat/may31t2.htm — with Aida Hasim. ada sesiapa atau kengkawan anda yang tgh ambil Figure Up? sila baca berita ni.. Lagi produk pelangsingan dicemari bahan racun BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei - Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa produk melangsingkan badan Figure-Up keluaran Biospecialty Food Trading, Selangor, Malaysia telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan. Bahan pencemar Sibutramine dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Sibutramine adalah agen pelangsing yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana ianya boleh menyebabkan risiko yang serius kepada jantung dan hati dan juga tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur. Dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang menjual produk tersebut (termasuk secara online seperti melalui facebook) adalah diingatkan bahawa ianya adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 yang mana menjual produk-produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan akan dikenakan denda sebanyak $8,000.00 atau penjara selama enam (6) bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu diatas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau boleh membahayakan kehidupan manusia, jika didapati bersalah akan didenda sebanyak $16,000 dan dua belas (12) bulan penjara. Para pengguna yang menggunakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dengan serta merta. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk yang disebutkan di atas masih dipasarkan di Negara Brunei Darussalam. Sumber : mediapermata.bn/jumaat/may31t2.htm
Posted on: Thu, 13 Jun 2013 08:56:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015