#ekonomi dunia Pasaran Asia dalam kawasan positif ( menjelang - TopicsExpress



          

#ekonomi dunia Pasaran Asia dalam kawasan positif ( menjelang keluaran berita dari The Hill) Pasaran saham Asia berada dalam kawasan positif pada hari khamis, apabila ahli perundangan Washington akhirnya memilih untuk membuka semula kerajaan Amerika dan meningkatkan had siling hutang. Presiden Barack Obama menandatangani rang undang-undang yang diluluskan oleh Kongres, yang membenarkan kerajaan membuat pinjaman bermula 7 Februari 2014 dan membiayai semula kerajaan sehingga 15 Januari. Dewan Perwakilan Rakyat, membuat 144 undian daripada 285 undian bagi meluluskan rang undang-undang Senat. Di Tokyo, Purata Saham Nikkei dan Topix meningkat lebih tinggi pada 0.6 % setiap satu. Oleh itu, pasaran berorientasikan eksport telah mendapat manfaat daripada kejatuhan yen berbanding dolar Amerika. Dolar AS dilihat mengukuh sebaik sahaja keluaran berita dari Kongres Amerika Syarikat. Di Hong Kong, Hang Seng membuat peningkatan 0.2% , manakala Shanghai Composite di China meningkat 0.5%. Kospi, Korea Selatan pula menokok 0.4 % dan S&P/ASX 200 di Australia meningkat 0.4%. Sementara itu, kekukuhan dolar AS dilihat menyokong pertumbuhan indeks saham Jepun. Dolar AS membuat peningkatan dan didagangkan pada 99.05 yen berbanding 98.75 yen pada hari Rabu. Bagaimanapun, selepas Kongres Amerika mencapai kata sepakat, mata wang dolar susut dan didagangkan 98.42 Yen.
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 09:08:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015