hasil demokrasi yg diperhebatkan dalam Pas dan ditambah pula - TopicsExpress



          

hasil demokrasi yg diperhebatkan dalam Pas dan ditambah pula dengan kemajuan teknologi maklumat dewasa ini, maka boleh aku kata pemilihan Pas pada kali ini terlajak meriah dan berada bawah mikroskop yg begitu fokus - baik pada kanta mata ahli dan amilin Pas mahupun org luar. sana sini aku lihat para calon pemilihan (semuanya bertindak selepas pencalonan - kecuali sorg jebon yg tak tau malu mencalonkan dirinya awal2 lagi sebelum dicalonkan) mendiskusi dan mewacanakan pemikiran masing2. siap ada forum, debat dan pelbagai lagi. semuanya atas nama demokrasi. bagus la gitu. aku puji benda tu. ini sesuatu yg sihat. cuma aku nak sentuh satu perkara - rata2 diskusi, wacana dan forum yg diketengahkan hanya menyentuh ttg isu2 semasa, ttg bagaimana hendak menjadikan Pas sebagai parti politik yg lebih jitu dan terbuka dan sebagainya. semua perbincangan ini menjurus kepada hal2 eksekutif dan politiking semata2. ini membuatkan aku tertanya2 - adakah Pas ini sudah dianggap semata2 parti politik? adakah Pas tidak lagi mahu dilihat sebagai jemaah Islam yg memperjuangkan Islam sebagai ad-deen? atau ada segolongan pihak dalam Pas ini mahupun di luar Pas tidak mahu lagi Pas dilihat seumpama itu? mana perginya perbincangan, diskusi dan wacana ttg memantapkan Islam di malaysia? mana perginya usul utk meletakkan kalimah Allah sebagai kalimatul haqq dalam sistem perundangan negara? mana perginya matlamat utk melaksanakan hukum Islam? mana perginya gagasan utk melahirkan ummah berkualiti dr segi ukhrawi dan duniawi? mana perginya aspirasi utk menanamkan asas agama yg tinggi dalam dada masyarakat terutamanya golongan muda? mana perginya kata2 ingin mentarbiyyahkan golongan muda agar menjadi generasi pelapis yg bisa menegakkan islam di malaysia khususnya dan dunia amnya pada masa depan? adakah perbincangan mengenai kepentingan meninggikan Islam sudah obsolete? apakah perbicangan utk mendapatkan lebih banyak kerusi di putrajaya lebih penting drpd memartabatkan hukum hudud? apakah wacana utk meliberalkan Pas lebih dimahukan berbanding mengembalikan masyarakat kepada fitrah? apakah golongan muda mahu dilahirkan menjadi pejuang politik demokrasi yg bertunjangkan matlamat menguasai kerajaan berbanding dilahirkan menjadi ansorullah yg mengutamakan Islam berbanding setiap hal? Apakah ISLAM itu sendiri bukan kriteria utama dalam perjuangan yg ingin mereka terapkan? sebaliknya Islam itu hanya digunakan sebagai penghalal perjuangan lain yg depa cuba gagaskan? adakah kita mahu orang yang tidak meletakkan perjuangan menegakkan Islam secara tuntas ini sebagai peneraju jemaah Islam? sahabat2ku, Pas ini ditubuhkan 62 tahun nan lepas sebagai satu usaha memartabatkan Islam di malaysia selepas ianya dilacurkan oleh Umno. Pas tidak ditubuhkan utk melawan Umno semata2 sambil berangan2 menjadi kerajaan! Pas mahu menguasai kerajaan bagi melaksanakan Islam, bukannya Pas mahu menguasai kerajaan kerana mahu jatuhkan Umno. Pas ialah SEBUAH JEMAAH ISLAM yg asas perjuangannya ialah menegakkan kalimah syahadatain, dan ketika ini menggunakan platform politik demokrasi utk mencapai matlamatnya. bermakna Pas tidak ditubuhkan semata2 hendak bertanding PRU. ayat mudah - PAS BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK. tapi bila asas ini makin lama makin hilang dalam diri ahli2 Pas, maka matlamat perjuangan Pas makin lari. sebab tu Allah menarik kembali barakah dalam jemaah ini. semakin lama semakin ketara pincang dan retak dalam perjuangan. ahli yg tidak mahu ditarbiyyah (jenis tak datang UG, jenis tak pi liqa, jenis tak pi ijtimak) berebut2 mahukan jawatan dalam Pas atau mahu org2 yg memayungi mereka menguasai jawatan dan pelbagai kepincangan lain. so kalau benar kita mahu kekal dalam Pas, hayati dulu apakah perjuangan Pas ini sebenarnya. apakah perjuangan Pas semata2 kerusi, jawatan menteri dan pangkat serta revolusi jalanan yang tak berkesudahan? sebagai muslim, aku mahu Pas terus menjadikan Islam sebagai perjuangan utama. tak guna wacana lebat dan hebat tapi tidak diterapkan aspek memantapkan fikrah Islam. baik masuk Umno je kalu gitu.
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 18:19:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015