#info yg berguna ^_^ Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 - TopicsExpress



          

#info yg berguna ^_^ Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 kali dlm 1 tahun iaitu 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari selepas musim haji atau pertengahan Muharram. Maka Isnin ini adalah genap 30 hari menjelang Ramadan dan dgn keizinan penyimpan kunci Kaabah dan penjaga dua masjid suci Islam, Raja Abdullah, Gabenor Mekah, Putera Khalid al Faisal akan mengetuai upacara mencuci Kaabah dgn menggunakan kain putih yg dibasahi dgn air zam zam, air mawar Parsi serta wangian lain dan akan mengelap dinding bhg dlm kaabah manakala lantainya pula akan direnjis dgn air zam zam dan air mawar Parsi. Sebelum memulakan upacara, Putera Khalid akan menunaikan tawaf 7 pusingan sambil menyentuh Hajjarul Aswad. Selepas tawaf, kunci Kaabah akan diserahkan kpdnya oleh pemegang amanahnya iaitu dari Bani Syaibah dan memasuki Kaabah. Sebaik memasuki Kaabah, beliau akan tunaikan solat sunat 2 rakaat di atas lantai marmar di lokasi dimana Rasulullah SAW bersembahyang. Sebaik semua tetamu keluar dari Kaabah, kerja2 cucian akan bermula dan diakhiri dgn menyapu sejumlah besar wangi2an didalam dan pada dinding luar Kaabah. Kiswah atau kelambu Kaabah akan ditukar pada 9 Zulhijjah pada ketika jemaah haji berada di Arafah utk sempurnakan rukun haji tiap tahun. Wallahualam, sekadar berkongsi pengetahuan. Sila share jika mahu tanpa perlu mohon kebenaran.
Posted on: Sun, 09 Jun 2013 01:41:36 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015