ini bukan post membenci... tetapi post menerangkan hakikat - TopicsExpress



          

ini bukan post membenci... tetapi post menerangkan hakikat sebenarnya... post merayu.... Kalaulah pengurangan subsidi minyak itu bertujuan untuk tolong golongan miskin... boleh tak tolong jangan tolong? ni tolong orang miskin ke atau menyusahkan semua orang, termasuklah orang miskin. apa maksud menyusahkan? Harga tambang bot ekspress dah naik hari selasa lepas... siapa pakai bot express??? orang yang tak ada mampu beli kereta. sama seperti bas, tambang bas pun naik jugak. harga barang dah naik, ingat orang kaya sahaja makan ke? orang miskin tak makan benda yang sama? rakyat golongan pertengahan ni yang paling teruk merasa kesannya... orang miskin dapat BRIM, iaitu bersamaan RM1.40 sehari. Orang kaya mana kisah naik tambang bas, naik tambang bot ekspress, naik harga barang... sebab mereka kaya... orang tengah ni, bukan sahaja tak dapat BRIM, semestinya sangat kisah tentang harga naik. tolonglah rasional dalam membuat keputusan, bukannya merasionalkan keputusan. saya ni merayu sangat-sangat, janganlah pukul rata beranggapan banyak orang kaya di malaysia ni, saya orang biasa sahaja... saya bayar zakat... zakat tu memang khas untuk bantu orang miskin. orang yang benar-benar memerlukan.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 16:31:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015