#kancilman2 januari 2014 Aku turun bas dalam keadaan jiwa yang - TopicsExpress



          

#kancilman2 januari 2014 Aku turun bas dalam keadaan jiwa yang tenang tapi agak tergopoh gapah sebenarnya. suara pakcik drebar bas seakan-akan mahu para penumpang cepat turun dari bas. Aku dengar dari sumber sumber yang boleh diyakini, selepas menghantar penumpang ke perhentian terakhir, pakcik bas akan membawa bas ke penjom. Disitu dengar cerita bas akan di bersihkan, enjin akan di periksa, tayar akan diteliti, system penghawa dingin turut juga di dipastikan sejuk dan yang pasti keselamatan dan keselesaan penumbang dari kota kecil kuala lipis ke Bandar besar metropolitan kuala lumpur sentiasa diberi keutamaan. “butoh” aku jerit dalam hati. Sepanjang sejarah aku naik bas kuala lipis ke kuala lumpur takada atau jarang cerita-cerita best yang pakcik bas tayang. Paling power sembilu, agak orang putih dia akan tayang Rambo, paling bangsat cerita Hindustan yang satu bende patah perkataan aku tak faham, dah laa duduk belakang, subtitle mana leh nampak. Ada sekali deme nak kasi bas canggih, pasang cerita orang putih yang terbaru kat wayang, ingat best ke? Gampang gambar wayang. Satu jalan cerita pun tak faham. Aku turun dari bas dengan perasaan yang bahagia. Sekali lagi buat kali seratus dua puluh aku rasa macam dah 2-3 tahun tak balik lipis. Aku perhatikan kedai kuning, masih lagi bukak, aku pergi kedai kuning dan aku tengok ada duit 5 ringgit dalam poket. Dengan tenang aku beli sekotak rokok suria. Aku lepak di bangku kedai kuning sambil menyilangkan kaki. aku ambik rokok dari kota rokok, bukak api dan aku yalakan rokok. Pehh, aku rasa sedap sekali selepas 3 jam tak hisap rokok. Makwe -makwe yang berada didepan aku tadi duduk disebelah aku. “ tunggu ayoh ke kak?” aku tanya Dia senyap sambil tangan tangan mengibas gibas mukanya. Aku rasa serba salah. Asap rokok aku ni jelas menganggunya. “Allah, maafnye kak, takleh nak kawan asap rokok ni” aku tersenyum “ balik mana kak?” aku tanya sekali lagi. “tak tunggu akak saya. Saya bukan orang sini. Akak saya kerja sini” jawab makwe tu sambil menutup mulut. “ooo..ni pun adik jugak ke? “ aku tanya sambil tunjuk kearah makwe sorang lagi. “tak..ini kawan saya. Saje cuti ni datang melawat kuala lipis. Abang ni orang lipis ke?” makwe tu pun bertanya. “tak laa. Saya bukan orang lipis. Saya pun macam awak berdua jugak. Ini pun tunggu abang. Dia kerja askar kat kem sini” dengan tenang aku bercakap kolompo. Makwe-makwe tu mengangguk. “kuala lumpur kat mana? “ makwe yang sorang lagi bertanya. “ Bangsar” aku jawab pendek, tenang dan bergaya. “ oooo…” Aku tersenyum puas kerana Berjaya menipu makwe kolompo. Bende bende macam ni sekali sekala kita kena buat. Ni asyik makwe kolompo jee yang tipu kita. “ mana akaknya ni? Entah entah dia lupa kot “ aku bertanya tanda prihatin. “ dia on the way. Lewat sikit tengah berkerja katanya” Aku senyap. Dalam hati aku mula memikirkan yang bukan bukan tentang makwe yang berkerja malam. Aku teruskan mengisap rokok. aku pandang jam gshock aku. aku bangun sambil pandang kiri dan kanan. “ mana azrul ni. Takkan dia lupa. Babi babi.” Aku bercakap dalam hati. Perkataan babi itu diungkap sederas derasnya dalam hati agar memberi kesan bila azrul sampai nanti. Aku kembali duduk disebelah makwe makwe tadi. “abang u tak datang lagi ke?” makwe disebelah menggunakan perkataan u-u. “mungkin abang i tengah berperang agaknya” aku menjawab dengan i-i. lambang bahasa kolompo. Ayat “babi, mana azrul ni..babi, mana azrul ni “ di ucap secara berulang ulang dalam hati ku. Kekadang macam sebuah lagu yang ditujukan kepada kekasih gelap yang kita sayangi. Sedang aku berhasrat untuk bangun dan berjalan ke pondok telefon tiba-tiba makwe sebelah berkata-kata. “orait. Tu my sister punya kereta dah sampai. then kita jumpa lagi okay” dia bercakap sambil menghulungkan tangan nya. Seperti orang kolompo yang lain aku menghulurkan tanganya dan dia bersuara, “ im nadia.” “johari ahmad” aku jawab pendek dan melepaskan tanganya yang lembut. “kita jumpa lagi yee johari” dia senyum sambil berdiri. “jumpa kat bangsar okay nadia. Jumpa nanti I belanja.”aku menjawab sambil kenyit mata. Nadia dan kawan berdiri dan sebuah kereta behenti betul betul depan kedai kuning. Dan aku rasa nak pengsan sebab kereta tu kereta doktor zety. #kancilman2 januari 2014
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 14:44:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015