kutip dari FB Us Wan Ji At-taaduddi [Catatan lepak] - TopicsExpress



          

kutip dari FB Us Wan Ji At-taaduddi [Catatan lepak] MEMPROGRESIFKAN USRAH 22 nov 2013, sekolah pemikiran asy-Syatibi menjemput saudara Fathi Aris Omar dalam program lepak maqasid untuk membicarakan tentang kritikan beliau terhadap sistem usrah yang diamalkan banyak gerakan Islam. Program yang diadakan di oldtown yang berhampiran UAI PJ mendapat sambutan yang agak membanggakan juga. Pembentangan saudara Fathi Aris Omar adalah berkisarkan tulisan beliau yang mencecah umur 10 tahun berkenaan usrah ternyata melahirkan satu perdebatan yang sihat. Antara perkara menarik yang dibentangkan oleh Fathi adalah tentang bagaimana usrah dijadikan sebagai tempat untuk melahirkan orang-orang baik, tetapi tidak dijadikan sebagai tempat pejuang yang berminda kritis, mencipta, mengasah bakat, berani betijtihad dan sebagainya. Fathi yang cukup popular dengan style provokasi otak ternyata menjadikan kita berfikir tentang realiti yang berlaku. Kupasan saudara Fathi dicantikkan lagi dengan penambahan dari Pak Khalid yang turut sama hadir. Sebagai orang yang pernah terlibat dengan gerakan Islam di zaman muda yang terlibat secara langsung dalam program pengkaderan dalam kerangka usrah, beliau memberi penambahan yang agak menarik. Komentar beliau bahawa dilema ini berlaku berfaktorkan sikap naqib yang kadangkala melakukan doktrin terhadap anak-anak usrah. Kelihatan Pak Khalid tidak mengkritik sistem usrah, tetapi lebih kepada pemberi pengisian dalam program usrah. Ini kerana, pak khalid menyatakan di era anwar terlibat dalam gerakan Islam, kelihatan pendedahan bahan bacaan dalam usrah juga amat menarik. Di saat wacana sedang berlaku dalam lepak maqasid tersebut, berbagai-bagai pandangan yang keluar, sama ada di pihak yang pro-usrah atau mereka yang anti-usrah disamping wujud juga mereka mahu mencipta bentuk usrah dalam versi baru yang lebih progresif. Dalam perbedaan pendapat yang berlaku dalam wacana pada malam itu, kelihatannya semua seakan-akan sepakat bahawa usrah tidak perlu dihapuskan, tetapi hendaklah dibuat dalam model yang baru. Disamping mewujudkan generasi yang baik menerusi usrah, tidak boleh diabaikan juga bahawa usrah perlu dibentuk dalam model yang baru, iaitu melahirkan generasi yang berfikiran kritis dan ijtihadik. Tidak ketinggalan juga, bahawa bentuk usrah itu tidak perlu ditetapkan pada tempat-tempat tertentu, tetapi dimudah-carakannya seperti lepak-lepak ilmiah dan sebagainya. Wallahu alam 27 nov 2013 | 12:31 tengahari | Subang Perdana
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 17:44:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015