malaysia kini UTAMA | TERKINI | SEARCH NGO mahu ekori Anwar, AMK - TopicsExpress



          

malaysia kini UTAMA | TERKINI | SEARCH NGO mahu ekori Anwar, AMK lapor polis 6:36PM Sep 13 2013 Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ekoran hasrat mereka mahu mengunjungi rumah Datuk Seri Anwar bagi mendesak beliau membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun banknya. NGO yang diketuai Azwanddin Hamzah itu dilapor mahu mengekori Anwar di setiap lokasi yang dihadiri ketua pembangkang sekiranya gagal mendapatkan tandatangannya berhubung maklumat akaun bank beliau itu. Maklumat bank itu adalah berhubung dakwaan oleh bekas calon BN Permatang Pauh, Mazlan Ismail bahawa pengerusi DAP Karpal Singh menerima bayaran guaman RM50 juta dari Anwar untuk merasuah hakim. Dalam laporan polisnya Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip menyifatkan tindakan NGO itu"mengganggu ketenteraman dan satu bentuk ugutan keselamatan dan keselesaan"kepada Anwar dan keluarganya. "... serta telah menimbulkan kecurigaan orang awam terutama jiran tetangga kawasan perumahan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Bukit Segambut terhadap motif sebenar pihak NGO berkenaan yang mahu mengikut gerak geri DSAI,"laporan polis itu dipetik. Sehubungan itu, Rozan berharap polis dapat"menyiasat, memantau, menasihati atau mengambil tindakan"berdasarkan undang-undang bagi menghalang tindakan NGO terbabit atau mana-mana pihak yang dilihat tidak menghormati hak privasi beliau dan keluarganya. "Ini apatah lagi dalam mengambil kira status DSAI sebagi seorang ahli parlimen dan ketua pembangkang parlimen Malaysia,"katanya dalam laporan polis itu yang dibuat pada 12.58 tengah malam tadi di Balai Polis Jinjang. Sementara itu, dalam kenyataan medianya semalam Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pula menyifatkan tindakan JMM itu sebagai"desperado, kacau ganggu dan tidak produktif". "Tatkala negara hangat membincangkan ekonomi meruncing, harga minyak dan barangan yang meningkat, dan rasuah yang kronik, pihak-pihak sebegini sibuk dengan sandiwara yang sebenarnya bertujuan mempromosikan diri sendiri di ambang pemilihan Umno,"katanya. Layar ke Berita Kolum Surat Bahasa EN BM 中文 Menu Login | Langganan E-mel kami Telefon kami ©1998-2013 Malaysiakini. All rights reserved. EN BM 中文
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 03:59:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015