11 Tip Kembali Berpuasa Selepas - TopicsExpress



          

11 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin ========================== 1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur hingga menjelang imsak. 2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik air daripada sel. 3. Ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu. 4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak. 5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair. 6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan dan oat. 7. Elakkan minuman berkafein dan bergas 8. Lebihkan direct feeding dan sesi mengepam pada waktu malam atau lakukan serentak. 9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikanm, ayamm, itik daging. Pastikan juga pengambilan kalsium yang mencukupi. 10. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda. 11. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Selamat Menjalani ibadah Puasa
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 14:13:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015