13 Julai 2013:- Genap setahun Mohamad Morsi dilantik, rakyat Mesir - TopicsExpress



          

13 Julai 2013:- Genap setahun Mohamad Morsi dilantik, rakyat Mesir sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir. 30 Jun 2013 bukan himpunan ulang tahun perlantikan tetapi perhimpunan bagi menuntut perletakan jawatan Presiden Mesir itu. Mohamad Morsi mencatat sejarah apabila menjadi Presiden Mesir yang pertama diangkat menerusi sistem demokrasi berpilihanraya dalam tempoh 30 tahun sejarah Mesir moden. Beliau juga merupakan tokoh gerakan Islam paling berpengaruh di Mesir iaitu Ikhwan al-Muslimun. Apabila beliau digulingkan pelbagai reaksi terjelma. Tambahan pula presiden Mesir sebelum itu Hosni Mubarak merupakan seorang Jenderal Tentera Mesir yang cukup rapat dan disenangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung, apatah lagi disokong ulama tersohor dunia Profesor Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Tiada orang menyangka seorang diktator yang telah memerintah selama 30 tahun mampu ditumbangkan dengan perhimpunan rakyat selama kira-kira 10 hari. Namun semua ini tidak menarik perhatian Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas Ikhwan al-Muslimun, al-Syahid Hasan al-Banna. Beliau dari awal mengkritik kebangkitan rakyat Mesir dengan menyatakan bahawa kebangkitan ini merupakan kebangkitan yang kosong kerana rakyat Mesir masih asing dan belum benar-benar memahami erti sebuah perubahan. Link: abimnegerimelaka.blogspot/2013/07/renungan-kemelut-politik-mesir-israel.html
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 03:20:15 +0000

Trending Topics



v class="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Looking RUSH PHONES BUYING RUSH PHONES Must be Smooth And

Recently Viewed Topics




© 2015