20 tahun lalu Ramli keluar dari kampung letika berusia 15 tahun - TopicsExpress



          

20 tahun lalu Ramli keluar dari kampung letika berusia 15 tahun untuk mendapatkan kerja dengan hanya berbekalkan UPSR sahaja kerana Ramli dari keluarga yang susah… Ramli cuba mendapatkan jawatan kerajaan sebagai Pembantu Am Rendah namun ditolak kerana kekosongan tersebut hanya untuk mereka yang mempunyai Diploma sahaja. Ramli cuba mendapatkan kerja sebagai tukang kebun sekolah namun gagal semasa temuduga kerana jawatan tersebut memerlukan keputusan SPM Ramli cuba mendaptkan kerja sebagai penjaga tandas di Kotaraya KL namun ditolak dan akhirnya ditolak kerana syarikat tersebut hanya menerima mereka yang mempunyai PMR. Ramli bertekad untuk balik kampung sekiranya gagal mendapatkan kerja di gerai buah Uncle Wong. Tanpa di sangka2, Uncle Wong menerima ramli untuk bekerja di gerainya. Setelah 2 tahun Ramli bekerja dengan Uncle Wong, akhirnya Uncle Wong memberi cadangan kepada Ramli agar membuka kedainya sendiri dengan bermodalkan RM750 yang diberikan oleh Uncle Wong Ramli memulakan perniagaannya di satu lokasi yang strategik. bermula dengan sebuah basikal menjual buah buahan, ramli upgrade kepada motosikal. Selang 5 tahun Ramli telah memiliki kedai buah buahan di sebuah pasar dan tidak lagi berniaga di kaki jalan. Masa terus berlalu dan kini Ramli adalah Pengimport dan pengeksport buah buahan ke serata dunia. Ramli telah di anugerahkah dengan Pangkat Tan Sri oleh beberapa Sultan. Kerana kejayaan dalam perniagaan dan membantu ramai orang dalam perniagaan Pada sutau hari, Tan Sri Ramli di interview oleh wartawan tentang rahsia kejayaan. Antara soalan yang ditanyakan wartawan adalah pencapaian akademiknya… “Saya hanya memiliki UPSR sahaja” kata Tan Sri Ramli… “Wow!!! UPSR sahaja….!!! …??? ” Wartawan terkejut… Kalau Tan Sri ada SPM atau Diploma mungkin Tan Sri akan lebih kaya dan berjaya dari sekarang ini… Kata Wartawan lagi… Sambil termenung dengan selamber.. Tan Sri Ramli berkata, Kalau saya ada SPM atau Diploma, mungkin sekarang ni saya masih berkerja sebagai Penjaga Tandas, Tukang Kebun ataupun Kerani… Wartawan terpinga…. #$%*&@$*&&^% p/s: Jangan ukur Kejayaan masa hadapan hanya dengan bla bla.. ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Islam Di Hatiku
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 09:52:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015