21 Julai, 2013 Pelik!! Kerajaan Rayu Kes Liwat Saiful Bukhari.. - TopicsExpress



          

21 Julai, 2013 Pelik!! Kerajaan Rayu Kes Liwat Saiful Bukhari.. Apa Dah Jadi? Posted by Addin Deen at 7/21/2013 Selepas setahun setengah, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas. Rayuan kerajaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari dalam dan luar negara, termasuk pemerhati. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. ~malaysiakini Addin : Pelik sungguh.. pihak kerajaan yang merayu dalam kes liwat ni, agak-agaknya dah tahu siapa yang menjdai dalangnya..
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 06:00:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015