6 Makanan Bangkit Kelelakian Anda Jangan bagi alasan hari cuti - TopicsExpress



          

6 Makanan Bangkit Kelelakian Anda Jangan bagi alasan hari cuti sebegini anda lebih memilih snek. Sebagai lelaki, anda memang memerlukan nutrien untuk membantu anda mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Banyak makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil, anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata si dia. TIRAM Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan cinta adalah benar. Kandungan antioksida dan zink mineral di dalamnya mampu membantu memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit kanser prostat. Fungsi seksual sistem pembiakan lelaki termasuk bilangan sperma juga akan bertambah kerana bantuan zat seperti zink. Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan dikenali sebagai Vibrio vulnificus akan menyerang anda nanti. PISANG Buah pisang merupakan sumber terpantas untuk mendapatkan tenaga selain kaya dengan zat potasium yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan jantung dan tekanan darah. Kandungan kalium dan magnesium juga boleh membantu mengurangkan risiko diserang strok. Kaya dengan vitamin B-6, pisang membantu meningkatkan sistem imunisasi dan menambah sel darah merah. Jadi, jangan lupa menikmati sebiji pisang setiap hari atau sebelum anda menuju ke gim. LEMAK IKAN Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan makerel merupakan ikan yang kaya dengan sumber omega-3 asid lemak. Pakar pemakanan juga menggalakkan anda mengambil menu ikan dua kali seminggu. Kebaikan mengambil makanan kaya omega 2 ini adalah membantu melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kanser prastat dan memelihara kesihatan jantung. Jika anda bukan penggemar ikan, flaxseed, kacang walnut, minyak canola dan telur boleh diambil sebagai ganti. BROKOLI Kaya dengan vitamin C, beta karotin dan potasium mampu membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Kandungan phytochemical yang digelar sulphoraphane pula merupakan bahan pencegah prostat dan kolon yang kerap menyerang lelaki. Kajian dari Universiti Harvard medapati lima hidangan seminggu mampu membantu mencegah penyakit kanser pundi kencing. Bagi anda yang bukan peminat brokoli, kubis, bok choy, kubis bunga dan taugeh boleh membantu anda mencegah kerisauan diserang kanser. KACANG BRAZIL Kacang Brazil adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood. Selain itu, ia juga baik untuk jantung dan hati. TELUR Berita baik untuk anda yang mudah mengalami keguguran rambut. Penyelesaiannya, masukkan telur ke dalam menu harian anda. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 18:07:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015