A. Pelabur Asing Boleh Saman Terdapat cadangan dalam rundingan - TopicsExpress



          

A. Pelabur Asing Boleh Saman Terdapat cadangan dalam rundingan TPPA untuk memperkenalkan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negeri ( Investor-to-State Dispute Settlement-ISDS) yang akan membenarkan pelabur asing untuk menyaman Kerajaan atas sebarang tindakan walaupun tindakan atau dasar Kerajaan itu bertujuan untuk melindungi atau mempromosi kesihatan awam, pendidikan atau alam sekitar sekiranya tindakan atau dasar tersebut dilihat membawa mudarat kepada hak pelabur. Banyak kes telah membuktikan hal ini boleh dan telah berlaku. Selepas Canada mengharamkan methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl (MMT) kerana ia boleh membahayakan kesihatan awam, kerajaannya telah disaman oleh pengilang MMT-Ethyl Corporation di tribunal antarabangsa dimana Canada diarahkan membayar gantirugi dan perlu menarikbalik pengharaman tersebut. Sehingga kini, jumlah gantirugi yang terbesar yang pernah dikenakan adalah terhadap negara Ecuador iaitu USD 2.4 billion. Tambahan lagi, perjanjian ini akan memperkukuhkan ruang syarikat asing untuk tidak mempedulikan dan meminggirkan sistem kehakiman, perlembagaan dan parlimen Malaysia. Syarikat asing dibenarkan untuk menyaman Kerajaan di luar dari kerangka mahkamah negara. Terdapat juga, provision yang akan menghalang keupayaan Kerajaan untuk mengimbangi public interest dan hak asasi dengan private interest of corporation. Bayangkan Canada pun disaman hanya kerana satu tindakan demi kesihatan awam, apa lagi negara kita yang mempunyai beberapa dasar yang inklusif untuk menjaga kepentingan kelompok bumiputera dan industri kecil-sederhana? Bukankah dasar menjaga kepentingan kelompok ini pastinya tidak menguntungkan mana-mana syarikat asing. Apakah jaminan bahawa negara kita tidak akan disaman oleh mana-mana syarikat asing ataupun kerajaan akan mula memansuhkan dasar menjaga kepentingan kelompok ini sebaik sahaja TPPA dimeterai?
Posted on: Sat, 03 Aug 2013 23:31:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015