ANAK SOLEH Seorang alim bermimpi berada di tanah perkuburan. Dia - TopicsExpress



          

ANAK SOLEH Seorang alim bermimpi berada di tanah perkuburan. Dia melihat ramai ahli-ahli kubur sedang memegang bakul dan mengutip sesuatu dan memasukannya kedalam bakul mereka masing-masing. Kecuali seorang yang kelihatan mukanya berseri-seri dan tersenyum. Dia menghampiri hamba Allah itu lalu bertanya: "Ini alam kuburkah? Jawab hamba Allah: "Ya". Sambung orang alim: "Kenapa tuan tidak mengutip seperti mereka yang lain?" Jawab hamba Allah: "Keperluanku mencukupi dan aku tidak memerlukannya" Orang alim itu bertanya lagi: "Apa yang sedang mereka kutip itu?" Jawab hamba Allah: "Itu ialah pahala daripada umat Islam, seperti doa dan sedekah. Aku tidak memerlukannya sebab anakku sentiasa mengirimkan pahala untukku. Dan dia memberitahu nama anaknya dan tempatnya bekerja". Orang alim itu pun terbangun daripada mimpinya. Kemudian dia pergi mencari anak hamba Allah itu. Anaknya seorang peniaga. Dari jauh diperhatikannya anak itu sedang membaca sesuatu (mulutnya berkumat-kamit). Orang alim itu bertanya, apa yang sedang dibacanya? Anak hamba Allah itu memberitahunya, dia sedang membaca ayat-ayat al-Quran dan pahalanya disedekahkan kepada arwah bapanya. Orang alim itu memujinya dan menasihatinya supaya meneruskan perbuatan itu sebab bapanya sangat memerlukannya. Setahun kemudian, orang alim itu bermimpi lagi. Dan kali ini dilihatnya hamba Allah itu sedang memegang bakul dan mengikuti ahli-ahli kubur yang lain mengutip pahala daripada umat Islam. Apabila orang alim itu terbangun daripada mimpinya. Dicarinya semula anak hamba Allah itu. Dan kali ini dilihatnya premis perniagaannya tertutup. Oleh itu dia bertanya kepada peniaga yang berdekatan. Dan mereka memberitahunya bahawa anak hamba Allah itu baru sahaja meninggal dunia! [Aku dengar cerita ini daripada guruku, Al-Fadhil, Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim di Majlis Tazkirah Zohor, Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 21 Julai 2013]
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 06:16:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015