Ada harta tidak terjaga Ada peti tidak berkunci Bahana cinta anak - TopicsExpress



          

Ada harta tidak terjaga Ada peti tidak berkunci Bahana cinta anak remaja Sekejap kasih sekejap benci Ada pijat tuan buangkan Ada inti pulut direndam Ada hajat tidak diucapkan Ada hati kenapa dipendam? Air pasang titi ditempuh Buah bidara hanyut terapung Janji usang cintamu rapuh Hati terdera jiwa terapung Air penawar di dalam kendi Minum bergilir sebiji cawan Gerak laku pancaran budi Baik pekerti hati tertawan Anak ayam belajar berenang Anak itik di paya bakau Mulut menyebut hati terkenang Rindukan adik jauh di rantau Anak bangsawan menjahit tabir Sulam di tepi siku keluang Benci tuan Cuma di bibir Dalam hati membara sayang Anak muda memakai pending Dara sunti berbaju merah Bagai duri dalam daging Runsing hati jiwaku resah Anak wayang hidup dijulang Cantik pintar layaknya ratu Adik sayang abang nak pulang Tunang dihantar hingga ke pintu Aneka warna awan di langit Alam indah bak lukisan Harapkan cinta si genit Isteri di rumah dilupakan Angin baik sauh dibongkar Kapal layar di dalam hujan Adik cantik cinta bersakar Manis dibayar dengan pujian Angin menderu pokok bergoyang Ribut taufan hujan berderai Bulan madu mengusap sayang Bulan depan diajak bercerai? Angin menderu ribut mengganas Daun tua gugur melayang Bara cemburu terasa panas Cinta tersungkur tertolak sayang Angin sejuk menggigit tulang Baju tebal cepat dicari Cerai dirujuk kasih berulang Cinta sejati Cuma sekali? Asam paya si asam pauh Limau abung beli sekati Tuan bahagia di benua jauh Saya di kampung ternanti-nanti Asyik membaca hikayat lama Tajuk cerita si Awang Kenit Hilang rupa tanpa nama Orang bercinta dalam internet Awak-awak mengumbut sauh Nakhoda pantas mengenal angin Bukan berlawak bercakap sungguh Hati berbekas cintamu dingin Ayam ditambat pisau diasah Rempah-ratus sudah sedia Hujan lebat bumi tak basah Perang batin hati nan lara Ayam menanti telur tak menetas Sudah menetas riuh sekampung Cantik janji Cuma di kertas Cinta tuan bak cek kosong Bagai diandam daun di dahan Ditiup angin bunyi berdesir Rindu dendam tidak tertahan Nasi dingin terasa pasir! Bahang kemarau bumi nan kering Renjis gerimis tanah tak basah Orang tak hirau kasih terasing Hati mengemis jiwa nan resah Baju bersulam sutera dewangga Puteri rupawan sedang diarak Tengah malam tidur terjaga Seperti tuan datang menggerak Bakar gaharu dalam istana Harumnya sampai keluar kota Kalau tahu bulan gerhana Kucari sumbu kupasang pelita Bangkit santan dimakan rapuh Banyak bijan kurang gula Terbakar tangan nampak melepuh Terbakar kalbu dendam menyala Banjir kilat air diharung Jambatan senget tetap ke seberang Manis tersenyum melindung murung Ikatan kasih sudahlah renggang Baru berita musuh menyerang Sudah buat kubu yang tinggi Baru bercinta rindu bersarang Bagai tali bersimpul mati Baru diketam setangkai padi Padi hampa dimakan serangga Sejarah hitam cinta abadi Malang suami main kayu tiga Baru setangkai padi ditunai Sudah menuai pergi menjala Panas bagai kering disalai Panas lagi hati disula Basah bumi banjir melanda Air di paya itik tak sudu Sayangkan suami biar berpada Sebaik saya takut bermadu Basah kuyup berdiang ke api Kering juga kain dan baju Bayu bertiup menyentuh pipi Kasih menyapa membawa rindu Batang pinang titinya licin Duduk menjela di seberang sana Putus tunang dipulang cincin Putus cinta jiwa merana Batang ubi dikerat-kerat Tanah dirata tanam benihnya Tuan di Timur saya di Barat Keramat cinta bertemu jodohnya Bawa bekal nasi sekepal Pergi menebang si pokok sena Cari capal boleh ditampal Carik hati jiwa merana Bayang-bayang jatuh ke tasik Menara Petronas menyapu awan Gadis rupawan tunggu dirisik Cinta bertunas hati tertawan Beli almari tidak berlaci Almari lama jangan dialih Perit mencari sesuap nasi Perit lagi mencari kekasih Belum tahu pedasnya lada Belum rasa pahitnya jadam Belum mahu digelar janda Belum mesra cintamu padam Belum tua sudah bersabut Delima muda gugur merekah Jatuh hati kasih bersambut Habis sekolah kita bernikah Beranak awan hujan tiada Air bersih dalam kendi Hati rawan sebak di dada Putus kasih tunang tak jadi Beras dikosek membuang hapak Sediakan tungku pasangkan api Usik mengusik bersulam lawak Jangan adik tersentuh hati Beras secawan serai sebatang Bedak sejuk si bunga raya Datang tuan memang diundang Sila duduk dekatlah saya Beras sudah penuh di kepuk Pulut berpeti jagung berguni Berpisah jauh cinta tak lapuk Bersih hati jiwa nan murni Berbaju renda si dara sunti Jalan bertiga pergi ke bandar Asal ada hasrat di hati Di mulut naga dapat disambar Berbaris kerusi di tepi jalan Habis pesta diangkat semula Makan nasi tidak tertelan Bara cinta tidak menyala Berkilau kaca disanjung Emas beratnya sebungkal Berdebar mata bertembung Sehati mesranya kekal Berminyak biarlah licin Berdakwat sampai hitam Bertunang terserlah cincin Bersuami dahi berandam Berpisah terasa hilang Bercerai bagaikan mati Ingatan tidak berselang Beratnya rindu di hati Berseri muka dahi diandam Rantai seutas intan gemala Hilang sengketa terpadam dendam Kasih putus bersambung semula Bertanak kayu yang basah Api mati nasi benyai Berkasih rindu nan resah Surat cinta dibaca lunyai Berulam daun selasih Pokoknya tumbun melata Rimbun sepohon kasih Akarnya sekukuh cinta Biar berat lebih sesaga Lebih sesaga jadi sedekah Biar berat cinta diduga Jiwa raga pantang mengalah Biji lada ditabur-tabur Hari ketiga tumbuh merecup Benih kasih sudah berkubur Bunga cinta layu kuncup Bingka lembut sudah terhidang Kopi dihirup duduk sebentar Sayang rumput melata di padang Menunggu redup takdir seputar Bingka setalam halwa setelap Dayang menjamu hulubalang terbilang Tidur malam haram tak lelap Janji berpadu cinta terhalang Bintang berjuta bulan tiada Pungguk menanti di pohon ara Peluru cinta menusuk dada Berkecai hati membawa duka Biru nilam batu permata Hadiah dari si anak teruna Bahagia dalam penjara cinta Tembok tinggi bagai istana Boleh ditajak jangan ditebang Rumput semalu di celah lalang Hendak diajak tidak bertambung Sabar menunggu abangmu pulang Buah berangan dimakan musang Buah pisang dimakan kera Buah tangan baju sepasang Buah hati manisnya cinta Buah ceri lebat di ranting Petik secawan buat santapan Harum berisi bunga disunting Dara rupawan jejakanya tampan Buah keranji di dalam dulang Buah duku hidangan sarapan Setia janji tidak dihalang Bagai paku lekat di papan Buah keranji habis dikutip Isinya kecil rasanya manis Bintang hati tidak mengerdip Embun kasih tidak menitis Buah mengkudu buah cempedak Habis diranggah gugur ditadah Tuan ditunggu setianya tidak Bertemu endah tak endah Buah nanas tidak bersabut Isinya manis bukan kepalang Cinta bertunas sudah dicabut Batas kasih dirundung malang Buah nipah dibuat inti Masak inti pulut seloyang Simpati tumpah ke tasik hati Sejuk hati menakung sayang Bubur secawan terasa manis Pelata digulai bersama pisang Ingatkan tuan lalu menangis Cinta terkulai layu gersang Buka pencak si bunga silat Riuh gendang melawan rebana Manis kacak bertahi lalat Sekali pandang terus terpesona Bukan hantu duduk bertapa Bukan mambang duduk di pintu Buang satu lain menyapa Banyaknya kumbang menunggu Bulan terang lagi bersuluh Berlatih kompang riuhnya kampung Dulu seorang merintih mengeluh Kini riang kasih bersambung Bulan terbit terang sebelah Awan mengasak hujan bertabur Hilang sabit patah galah Bunga cinta menunggu gugur Bulu lorek si ayan kampung Duduk mengerang dalam kekabu Sulit menarik rambut di tepung Sulit lagi memikat hatimu Buluh dikerat dibuat bingkai Kertas digunting corak kerawang Adik ibarat bunga setangkai Cantik disunting layu dibuang Bumbung tak bocor Lantai tak patah Dihempas tak hancur Cintamu nan indah Bumi dilanda taufan Gugur bunga di laman Setianya dicabar godaan Cintanya diuji zaman Bumi merintih terbakar parah Panas dibedung si angin mati Kemarau kasih bagai Saharah Langit mendung hujan dinanti Bunga cempaka kembang seuntai Bunga kenanga petik setangkai Asal mula gadis diintai Kini berdua kasih dirantai Bunga labu coraknya songket Biru bergenta pandang tak jemu Teguh berkubu cinta berbukit Api sengketa menjadi debu Bunga kemboja putih bersih Bunga teratai di tasik tenang Cuba-cuba menabur kasih Cinta dirantai lalu dipinang Bunga melati gugur petang Putih bersih bak lalang melata Padang hati luas terbentang Pohon kasih berbunga cinta Bunga malati hanyut terapung Laju rakit dari hulu Tangis hati terdengar bergaung Melangkau bukit dan gunung rindu Bunga melati jauh di pulau Sejak di rimbu sehening pagi Buah hati rindu dijelau Adat timba mencari perigi Bunga selasih petai semata Ambil isi kulit dibuang Benih kasih di lahar cinta Tumbuh subur di ladang sayang Bunga teratai kembang sejambak Dipetik orang buat jualan Setia pantai kerana ombak Setia pungguk memuja bulan Bunyi trompet raja dinobat Tuan puteri dalam istana Sakit di kulit disapu ubat Sakit hati jiwa merana Buruk perahu buruk pangkalan Berkerat rotan berpatah arang Kisah lalu hati terkilan Calon pilihan diambil orang Burung jelatik bertemu undan Di dalam hutan riuh kicaunya Sama cantik sama pandan Sudah suratan bertemu jodohnya Burung sekawan mencari sarang Rama-rama di daun sepulih Baik tuan suami orang Saya Cuma menumpang kasih Buta-buta disangka mempelam Manis mempelam masam kedondong Penat mata bersengkang malam Kisah silam payah dibendung Cantik tangga seni terukir Cantik senja si awan larat Sumpah setia janji tak mungkir Jauh di mata kasih nan erat Cantiknya pantai disapa ombak Nelayan tua menarik pukat Cantiknya mempelai dikompang diarak Hari bahagia kasih diikat Cempaka setangkai ros sejambak Diracik-racik si bunga rampai Kasihku bagai setianya ombak Siang dan malam mengulit pantai Cincin permata gelang seurat Berikan sulam merah kesumba Keramat cinta rindu memberat Menunggu bulan jatuh ke riba Condong pokok kelapa ditebang Tempat belatuk membuat sarang Padi hampa bak debu terbang Janji kosong kubiar usang Daging rusa dilayat-layat Dicampur susu lemak gulainya Janji setia ke akhir hayat Anak cucu saksi buktinya Dahan layu tunggu berpucuk Pokok pandan di tepi perigi Sudah dirayu sudah dipujuk Nasib badan orang tak sudi Dapat berlian dibuang kaca Permata juga dibeli orang Dulu dilayan kini dicerna Kerana harta cinta terhalang Dapat ikan sedepa Komeng kelapa setandan Malang bukan ditempa Cinta buta sempadan Dapat pelita bertenun kain Dapat benang jarum diasah Bertentang mata hati ke lain Bak berenang badan tak basah Dapat sejambak paku pakis Bunga melati disusun digubah Dipukul ombak pantai terhakis Pantai hati tidak berubah Dapat tenggiri penuh sebakul Dapat pelata sudah bersiang Dapat isteri kenapa dipukul Kemarau cinta berkubur sayang Dapat udang sebesar lengan Koyak jaring dilanggar todak Putus tunang jangan kempunan Usahkan rugi luak pun tidak Dara sunti manis bercelak Pergi mengaji ilmu ditimba Parah hati cinta ditolak Madu diminum terasa tuba Dara sunti si ikal mayang Berkain labuh tidak berbedak Kalau hati sudah sayang Air yang keruh hilang keladak! Datang badai disambut taufan Pokok beringin patah tumbang Saya bagai si habuk papan Datang angin melayang terbang Datang mempelai digesek biola Merdu serunai diselang rebana Rambut terurai disanggul semula Kasih terurai cinta dibina Datang musang memakan bacang Mati ditembak di pokok ciku Batang pisang boleh dicincang Cintaku bak isi dengan kuku Datang ribut sekencang angin Pokok pinang menyembah bumi Datang menyebut hati teringin Masuk meminang tanda rasmi Datuk paduka pergi memburu Sekali tempur peluru bertabur Dahan cinta bertunas baru Pohon kasih semakin subur Daun birah dibuat tudung Renjis-renjis hujan gerimis Hati marah cuba dibendung Senyum manis menahan tangis Daun kemangi petik setangkai Santapan raja ulam pegaga Habis wangi sabun dipakai Daki cinta tak hilang juga Daun kering gugur melayang Bumi kontang menanti embun Rindu siang makan seorang Rindu malam dicari telefon Di kuala keruh di hulu tenang Senang berkayu pergi ke surau Yang jauh terkenang-terkenang Yang dekat tidak dihirau Diampai sama kering Direndam sama basah Digoreng sama garing Berpisah sama gelisah Digenggam takut mati Dilepas takut terbang Aduhai, rusuhnya hati! Nanar rindukan abang Dihembus bayu hujan tak lebat Karam perahu di tengah lautan Dipujuk rayu hati terlambat Kasih berpadu paut-pautan Dingin angin membalut malam Jernih embun di hujung daun Kasihmu dingin sukar diselam Cinta sekebun wangi bertahun Ditolak arus sampah ke tepi Dipukul badai kapal tak karam Jujur lurus masih dikeji Bagai gulai terlebih garam Doa selamat hajat dipinta Malam Jumaat di rumah bonda Manis nikmat buah cinta Pahit jadam serasa gula! Dodol dikacau santannya sejat Gula setelap ditambah lagi Jauh dijelau kasih nan erat Tidurnya lelap sampai ke pagi Dondang sayang dengar tak jemu Pantun disebut mengenang untung Tegak tiang tegap kasihmu Dilanda ribut akulah penyokong Dondang sayang lagu bergema Ada gaya bergelar biduan Kelibat baying terasa bersama Nanar saya rindukan tuan Dondang sayang pantun dibeli Orang berjoget depan istana Patah tiang boleh diganti Patah hati jiwa merana Duduk bersila makan ketupat Beras baru menjamu tetamu Sakit kepala dicari ubat Sakit rindu ingin bertemu Dulu sepasu kini berladang Orkid diikat jual ke Jepun Dulu membisu Cuma memandang Kini sepakat bak serai serumpun Emas semayam gelang di tangan Dibawa mandi haram tak luntur Siang menganyam angan-angan Adat mimpi permainan tidur Emas tempawan mahkota paduka Mahakota ditempa bertatah berlian Lemas tuan ditimbus duka Lemas saya dilambung pujian Embun malam belum kering Sudah mencurah hujan pagi Duka silam baru meranting Jiwa nan parah didera lagi Empat puluh empat hasta Kain cindai halus terbilang Hancur luluh dimakan cinta Hati tergodai kasih terhalang Emak dangai makan berkuah Manis serikaya sapu ke roti Anak sungai sedangkan berubah Saya tak mampu menjeruk hati Enak laris semua juadah Air segeluk dibiar sejuk Cuma sebaris kata bermadah Hati sejuk terkena pujuk Gali keledek dibuang daun Empuk direbus lemak dibakar Menunggu adik bertahun-tahun Bagai halwa naik sakar Gambir secubit kapur secalit Lemak pedas si daun sirih Budi sedikit rindu diulit Jadi pengikat tali kasih Gebu lembut kuih serabai Serabai dimakan bersama gula Kerana harta direbut kasih terabai Emas berbungkal hidup tersula Gelang emas simpan di peti Simpan sama keris purba Resah cemas saya menanti Tuan di sana tak kunjung tiba Gigi diasah rambut diandam Jari dara merah berinai Cinta basah rindu berendam Kasih mesra janji ditunai Gugur daun melayang di perdu Patah ranting dahan berpaut Biar beracun semangkuk madu Belum ajal berpantang maut Gula hilang manis Nangka tidak bergetah Senyum menelan tangis Hatiku luka parah Gunung Ledang menyapu awan Hijau rumput menutup bumi Sekali pandang hati tertawan Cinta bersambut segar bersemi Habis menebang singgah di dangau Duduk berehat makan bingka Rajuk abang bak terbang bangau Lambat bangat pulang juga Halus batik dari Banjar Boleh dikepal senang dibawa Sama cantik sama terpelajar Bagai epal dibelah dua Hangat tak berapi Sejuk tak berair Kasih tak bertepi Sayang tak berakhir Harum bau bunga cempaka Kembang melati di tepi telaga Bergesel bahu bertembung muka Malangnya hati bercabang tiga Harum semerbak kenanga seuntai Segar sejambak bunga kertas Cintamu bak jejak di pandai Disapu ombak tidak berbekas Hati rawan gundah gulana Ranting reput berpaut dahan Senyuman tuan membawa makna Bagai pelaut melihat daratan Hebatnya unta bukit didaki Bawa seperti kayu sugi Hebatnya cinta seorang lelaki Isteri mati tak kahwin lagi! Hendak cawan diberi cawan Secawan kopi sepotong roti Kasih tuan jauh di awan Saya di bumi jenuh menanti Hendak dibawa perahuku hanyut Ramai penumpang duduk menanti Bagai senyawa nadi berdenyut Kasih sejati sampai ke mati Hidung seludang si intan baiduri Tuan puteri cantiknya rupa Mula terpandang terdetak di hati Calon isteri sudah berjumpa Hujan dulu penuh tempayan Kain dibasuh baru diampai Cintai layu ditelan kesepian Hati rusuh kasih tak sampai Hujan lebat haram tak reda Bumi basah hapus kemarau Sudah dapat kekasih muda Isteri di rumah tidak dihirau Hujan menderu rembas di lembah Pokok mengkudu habislah rebah Demam seminggu sudahlah kebah Demam rindu kasih bertambah Hujan petang angin menderu Pokok sena dipukul taufan Leka menatang cinta nan baru Kasih lama rasa terbeban Hitam kulit isinya putih Buah manggis memang manis Biar sulit jiwa merintih Muka bengis hati menangis Hitam langit ditampal awan Berat awan menakung air Dara dikenyit jejaka bangsawan Hati tertawan ego pun cair Hujan lebat jalan berlumpur Jalan meniti di batang kelapa Hati tersumbat rindu menggelupur Derita menanti saat berjumpa Ikan puyu dalam tempayan Gulai toman si bunga kantan Cinta layu ditelan kesepian Tinggal kenangan dan ingatan Ikan todak disangka sembilang Umpan disambar si ikan toman Cinta tertolak hati nan walang Tenang sabar orang beriman Intan mestika emas tempawan Cincin di jari berliannya lebat Tangkai derita meruntun rawan Buah hati dikebas sahabat Isi beras dalam kelongsong Rebus ketupat menjelang senja Mata bebas hati terpasung Hilang tempat hendak bermanja Istana besar hulubalang terbilang Singgahsana mahligai ratu Adik hantar abang nak pulang Hantar Cuma hingga ke pintu Istana ternama puteri kayangan Hulubalang menunggu keliling pagar Luka lama di lubuk kenangan Kasih baru bercambah segar Jalan bertiti mencari kepah Penuh bakul jaja di kedai Hancur hati bagai dilapah Wajah sugul jiwa tergadai Jambu jeruk di dalam telap Rasa teringin minta sebutir Biar buruk kulitnya gelap Hati berkenan walaupun fakir Jauh merantau surat dilayang Ibu menunggu di kampung halaman Hati terpukau pujukan sayang Hangatnya rindu ke hujung zaman Jemur jerami sampai kecut Sudah kering dibuat tikar Sabar suami bukan pengecut Perit kerongkong hendak bertengkar Jengking kala dapat dijerat Bisa diketip sampai berdarah Koyak jala boleh disirat Robek hati jiwa nan parah Jinak kucing pandai bermanja Anjing disayang menurut kata Pujuk memancing cantik dipuja Kasih melayang kerana dusta Jumpa durian sepangsa Dapat papan ditarah Sayang jangan dipaksa Taat bukan dikerah Jumpa seruas tebu berulat Dapat sepangsa durian masam Suami buas tinggal tak ralat Sakit didera kasihku kusam Kain cita baju kebaya Fesyen baru harga melambung Gua derita dipancar cahaya Sinar cinta kasih bersambung Kain telepuk tidak berkelim Sudah dipakai Cuma sekali Bagai pokok di empat musim Kasih berganti jodoh kembali Kainnya lebar putih bersih Cat biru batik dilukis Hati terdampar di pantai kasih Ombak rindu cinta terhakis Kalau ditutuh dahan mengkudu Buah yang masak melarah gugur Kalau patuh cinta yang satu Biar retak jangan hancur Kalau jemu berulam selasih Ganti beremi rencahnya bilis Pagi bertemu petang berkasih Cinta “mi segera” cepatnya habis Ke darat jalan tak sempit Penuh paya rumput melata Biar dijerat pengalaman pahit Pantang saya berputih mata Ke dusun memetik manggis Buah manggis merah menyala Bengkak mata dibawa menangis Hendak berkabung sampai bila? Kecil pacat benang selembar Hidup membiak di pokok sagu Muka pucat hati berdebar Bimbang tak datang orang ditunggu Keli di paya payah dijerat Mudah dikail di air tenang Pokok budaya bunganya adat Dirisik dulu baru dipinang Kicau bubut disambut balam Burung kenari pandai menari Mutiara di laut boleh kuselam Mutiara hati sukar dicari Kilat menyambar menyilau alam Guruh berdentum hujan berderai Hati berdebar sukar diselam Kasih bercantum kenapa bercerai? Kecil-kecil udang geragau Udang diagram buat cencaluk Bukan ganjil bukan mengigau Rindu karam bagai si pungguk Kencang ribut pohon pun rebah Bumi dingin menadah hujan Cinta direbut tidak berubah Bak kain belacu dilenjan Kening dicelak berandam Bibir merah berseri Berkasih elak berdendam Cinta bercambah murni Kening perawan hitam bercelak Besar sanggul ditambah cemara Walang tuan cinta ditolak Wajah sugul hati nan duka Kolam baru itik tak sudu Telaga bersih selalu ditutup Angin menderu membawa rindu Suara kekasih bertambah sayap Kuat rotan dibuat lekar Kuat pokok kerana tunjang Dara pingitan senyum bersakar Pandai memujuk si anak bujang Kulit keras berbelang-belang Udang harimau ternak di kolam Baik paras bukan kepalang Cinta kemarau kasih nan suram Kuning tongkeng merah mawar Lembut kelabu putih melepak Disengat jengking ada penawar Disengit rindu sakit tak nampak Kurang besar kain dikampuh Yang lebar dibuat tabir Kasihmu segar dan ampuh Setiaku besi bakar tak cair Kurung Johor songket berkilat Baju baldu selendang dipakai Biar hancur biar berulat Cinta berpadu payah diungkai Kurang pulut terlebih gula Wajik keras manis bersakar Tiada darah hati terluka Tidak berbekas jiwa tercalar Langit berawan bayu berdesir Daun melayang berserakan Janji tuan bak istana pasir Mahligai sayang dirobohkan Layang-layang burung di gua Air liurnya pelekat sarang Kasih sayang setia diduga Keramat cintanya tuan seorang Lebam kaki digigit pacat Hutan diredah mencari arah Patah hati kasih terencat Kepada Allah saya berserah Lebat cendawan di kayu meranti Kembang merata di pagi hari Adil tuan mencari bukti Setia bercinta kerana janji Lebat mengkudu di tepi paya Ambil kayu jolok buahnya Kasih berpadu sumpah setia Nyaman bayu dengan harumnya Lebat pinang kuning mencelah Petik sebiji dibelah dua Sayangkan tunang rindu nan lelah Cinta diuji janji setia Lembut bayu menyentuh pipi Kasar ribut merempuh dahan Lembut merayu bukan menjampi Mulut menyebut hati tertawan Lembut pulut santan sepasu Pecah telur berbakul-bakul Manis mulut janjinya palsu Salam dihulur wajahnya sugul Lemak-lemak si buah pinang Lemak lagi pulut berinti Emak ayah datang meminang Dapat sudah si buah hati Lembu sekandung gulai sekawah Rendang limpa pekatnya santan Luas ladang tandanya mewah Baik rupa jadi rebutan Lentik kening si pisau raut Hidung terletak selabu bawang Putih kuning sayang diturut Cinta tertolak miskinnya wang Lepas hujan bercambah cendawan Hasil kampung pisang dan nanas Makan sepinggan minum secawan Sama berpayung hujan dan panas Limau muda dibuat acar Tumbuk lumat halia sekati Sekali dua kata terlancar Jangan disemat di dalam hati Liuk lentuk si bunga lalang Tinggi rimbun pohon cemara Berjarak cintanya hilang Berpisah rindu membara Madu tualang jauh di rimba Pokoknya tinggi dipanjat juga Isteri malang menangis hiba Bermadu suami yang bahagia Main buaian lajulah laju Tali ditambat di pokok pinang Cincin berlian sama setuju Sudah sepakat masuk meminang Makan capati sedap di warung Makan sirih sepah ditelan Puas menanti kasih terkurang Jiwa merintih hati terkilan Makan jeruk bersama kerang Pucuk selasih dibuat ulam Rupa buruk duit pun kurang Ditinggal kekasih hidupku suram Malam sunyi di taman kayangan Angin menderu nyanyian buana Cintamu bayi dalam kandungan Kubawa rindu ke mana-mana Malam temaram sejuknya belantara Badan menggigil ditikam dingin Rindu karam hati nan lara Bagai kendil dipukul angin Malangnya gula hilang manis Untungnya peria hilang pahit Nafas dihela menahan tangis Robek jiwa tak dapat dijahit Malang jentayu rindukan pungguk Berkampung unggas di hutan jeruju Puas dirayu jenuh memujuk Hati nan keras payah setuju Manis manggis rambutan longkah Menjamu kawan sampai ke petang Digelar muflis hendak menikah Duduklah tuan mambilang bintang Manis pulut baru diangkat Lemak inti santannya banyak Manis mulut hati terpahat Sejuk hati tidurnya nyenyak Marak menyala sumbu pelita Lampu di rumah juga dipasang Membaca semula surat cinta Mengimbau kisah nan usang Masak tertutup tunggu mendidih Ikan terubuk juga cencaru Sudah kututup riwayat nan pedih Kini kubuka hidup yang baru Masam gulai terlebih cuka Nasi beringin ulam cemperai Cintamu bagai rumah kaca Dirempuh angin jatuh berderai Mati denak dek racun sumpitan Anak raja menang berburu Sayang anak bak jambatan Bersambung kasih ayah dan ibu Memang pahit pucuk beluntas Daun selasih ulam istana Salah jahit boleh ditetas Salah pilih jiwa merana Mencari siput di air surut Pantai bersih ketam berkumpul Jauh dijemput dekat diturut Tali kasih kejap tersimpul Mengail tenggiri dapatnya selar Banyak gelama tidak terbilang Pedih hati bagai dikelar Parut lama belumlah hilang Menggelegak budu di tungku Ulam mengkudu si ikan bakar Menggelegak rindu menunggu Tidak berkuku boleh mencakar! Mengindang bertih sampai ke pagi Beras segenggam dibuat bubur Tali kasih tersimpul mati Makan sepinggan mati sekubur Menunggu masak padi menguning Makan rojak dengan kelapa Cintamu tasik yang hening Menunggu kocak kasih menyapa Merdu suara senandung malam Lagu asli mudah dibawa Api asmara hujan tak padam Cinta membara di dalam jiwa Meredah belantara mencari akar Akar senduduk sepahit jadam Marah membara hati terbakar Terkena pujuk terpadam dendam Merah mata bagai dipanggang Tangis sendu ditusuk sembilu Semangkuk cinta sedulang sayang Lapar rindu makan tak lalu Merah sirih kerana gambir Sirih sekapur pembuka bicara Senyum lirih madu di bibir Kasih berkubur cinta pura-pura Merdu lagu raja dihibur Lemah gemalai inang menari Cinta dulu menjadi bubur Bulu sehelai umpamanya diri Meredah sendayan kulit tercalar Ke pantai Mersing pergi berendam Tergores di kaki nampak calar Tergores di hati menyimpan dendam Mudah ditetak mudah dilentur Buluh licin aneka jenis Bagai diletak bagai diatur Cantik cincin di jari manis Musim luruh daun pun gugur Daun muda hijau di ranting Hancur luluh jiwa tersungkur Bunga dipuja sudah disunting Naik seri muka didandan Kain batik puteri dewangga Pasangan serasi sama padan Bagai betik dibelah dua Nama pendeta tertulis di tugu Baik jasanya tetap dikenang Putik cinta sabar ditunggu Inikan pula sudah bertunang Nasi sekawan menjamu belia Tikar pandan sudah dibentang Makan berkuah si air mata Sedu-sedan sampai ke petang Nelayan pulang menempuh ombak Ikan berpeti dalam perahu Sedu-sedan menahan sebak Hancur hati siapa yang tahu Nyaring bubut melawan balam Garau parau si kakak tua Hujan ribut mendera alam Kasihku satu padamu jua Orang berpesta lembu berlaga Sorak bertali gegap gempita Seuntai kata berlian seharga Sebentuk hati cahaya permata Pagi disambut si kicau burung Remang senja menanti malam Mata berkabut jiwa terkurung Lautan duka tidak terselam Pagi menjelang menyirat jaring Cerah petang mengail ikan Berkecai tulang dari daging Kau kusayang kau kunantikan Pahit bakawali dibuat ubat Pokok jati jangan ditebang Patah kaki boleh dibebat Patah hati lara terbuang Pakai selendang sutera kelabu Baju baldu kerongsang di dada Pulanglah sayang idaman kalbu Beban rindu belumlah reda Panas terik tidak berbumbung Terang cuaca menjemur kain Putus elektrik boleh disambung Putus cinta cari yang lain Pari-pari turun mandi Indah purnama sedang mengambang Setulus hati sehalus budi Kasihku Cuma padamu abang Parut halus kelapa sebiji Dapat santan dibuang hampas Cinta keramat bagai dijanji Burung disangka boleh terlepas Pasang pelita raya tak jadi Bulan ditunggu tidak bersinar Ada cinta orang tak sudi Sakit rindu bertukar nanar Patah dahan ranting diruntun Putih bersih si bakawali Jalan berpimpin bukannya rabun Tanda kasih dua sejoli Patah pedati lembut dirampas Kayu ada tidak berapi Luka di jari dibalut kapas Luka di hati dibalut sepi Patah titi hilang perahu Cawan sebiji pecah berderai Hancur hati digegar cemburu Bencikan isteri diajak bercerai Payah dimamah lalu digigit Daging liat dipotong-potong Mas kahwinnya ribuan ringgit Puas berjimat jenuh menabung! Pedas rasa lada ditumbuk Pekat getah nangka dibelah Memendam rasa hati terjeruk Bagai antah jatuh ke tanah Pengantin diarak keliling pekan Diiring dengan nyanyian biduan Buah jarak mabuk dimakan Buah hati rindu-rinduan Pengantin disambut beras ditabur Harum segar bunga dibawa Keramat cinta nak mati sekubur Sampai ajal berpisah jua Pengat labu air selasih Goreng mi ditabur bijan Sabar Kalbu kemarau kasih Bagai bumi menanti hujan Penuh kuala dek air pasang Berenang-renang ikan sekawan Bulan muda cinta nan usang Embun kasih beku di awan Penuh sedulang buah duku Merah delima manisnya nangka Cintamu helang tidak berkuku Datang Cuma membawa duka Pergi ke huma tercucuk duri Duri rumbia sebesar lidi Biar lama cincin di jari Janji setia cinta abadi Pergi ke pantai menebang pandan Pandan diraut dianyam tikar Cinta seuntai kasih setandan Pasang di laut hapus belukar Pergi ke hutan menjerat merak Anak rusa mati dipanah Jauh di mata kasih berjarak Mahligai cinta dibakar fitnah Pergi ke kedai membeli tombak Tajam keris mati tembaga Cintamu bagai derunya ombak Ditolak ditepis datang juga Pergi menekut di tengah malam Pandan pelita berdebar cemas Dalamnya laut dapat diselam Mabuk cinta hatiku lemas Pergi menjaja tapai dan ragi Lambat pulang jangan diturut Cinta remaja datang dan pergi Padamu jua hati terpaut Petik pegaga penuhkan raga Sayur meranti rencahnya kerang Bagai geliga di mulut naga Buah hati suami orang Petir guruh hujan menderu Kain dijemur habislah basah Duduk resah berdiri malu Hati diasak badai gelisah Pijat melata dibakar kelambu Nasib ada baju dan kain Adat pelita nyala bersumbu Adat jemu cari yang lain Pinang dikupas dibelah empat Kapur di cembul jari memalit Kasihmu hampas tidak bertempat Cintaku unggul segar diulit Pinang kapur dalam cembul Makan sirih pembuka acara Orang ketiga tidak muncul Ke akhir hayat bahagia berdua Pipi bersih diketip agas Merah betis digigit nyamuk Pucuk kasih habis dipangkas Sedu tangis hati nan remuk Pisau di tangan kanan Mentimun di tangan kiri Hati tidak berkenan Ada janji dimungkiri Pohon meranti tinggi subur Hendak berpaut tidak berdahan Hendak mati seliang sekubur Ajal maut di tangan Tuhan Pokok cempaka tidak dipagar Bunganya gugur menutup bumi Rindu membara kasihku tegar Setia luhur cinta bersemi Pokok cempedak dipukul angin Ribut menyerang dari selatan Tuan tak hendak saya tak ingin Berpatah arang berkarat rotan Pokok duku tinggi sedepa Datang pipit membuat sarang Ribut rindu datang menerpa Rebah cita karam seorang Pokok jerami tumbuh melata Daun selasih dibuat ulam Dapat suami buta cinta Cahaya kasih dipandang kelam Pokok mengkudu tinggi sedepa Buahnya nanti baik pasaran Angin rindu datang menerpa Bergoncang hati melawan debaran Pokok rambutan di depan surau Berbuah setahun dua kali Menunggu hujan di musim kemarau Benih kasih bercambah kembali Pokok rebah baik ditetak Ambil kapak dengan parang Cinta berubah bak cermin retak Disimpan susah baik dibuang Pokok selasih berbunga tidak Ganti senduduk bunganya biru Kebun kasih orang tak hendak Bagai dedak di hujan nyiru Pucuk meranti beli seikat Cukup ramu menggulai kepah Bila hati sudah terpikat Manis bertamu pahit berpisah Pucuk selasih ulaman segar Gulai pelata menjamu ibu Ladang kasih hangus terbakar Api cinta menjadi debu Pulau pisang rumah api Laut tenang di Selat Melaka Hati gersang berteman sepi Putus tunang dikerat duka Pulut berinti nama juadah Makan dengan santan sesenduk Hancur hati sesal tak sudah Tergadai maruah termakan pujuk Pulut inti hidangan tetamu Tepung pelita bersama laksa Lama menanti bertukar jemu Lama bercinta jiwa terseksa Puteri bangsawan berangkat ke istana Riuh-rendah gendang dipalu Cinta tuan sekecil hama Debu kasih di angin lalu Puteri kayangan berteman suri Turun mandi menjelang senja Luka di tangan tercalar duri Luka di hati jiwa tersula Putih bersih muka diandam Cantik kemas baju penari Bunga kasih dipendam Bagai emas di perut bumi Putih ragi tapai manisan Penuh sedulang kuih disaji Tuan pergi tanpa pesan Kini pulang menagih janji? Putih-putih si udang pepai Ramai orang datang membeli Bulan merintih bintang digapai Cinta kecundang tidak sekali Pulau Sibu airnya biru Naik kereta ke Tanjung leman Lama ditunggu hatiku rindu Surat cinta sebagai teman Putih awan menyapu angkasa Biru langit nampak berbalam Warkah tuan menggamit rasa Rindu menggamit kenangan silam Rama-rama bertemu belalang Ati-ati bunganya putih Cinta pertama terhalang Cinta kedua beralih Ranum bersih buah mengkudu Perah isi ambil yang pati Selembar kasih menyambung rindu Seitik benci menghitam hati Rebus ketupat penuh sekawah Jiran tetangga semua diundang Sudah dapat gading bertuah Tanduk retak tetap dipandang Rempah dikacau bersama bawang Terung telunjuk direndang Minang Saya merantau mencari wang Bukan merajuk putus tunang Rentak kota rancak rakus Tenang desa dibalut sunyi Besar rahsia kemas dibungkus Resah jiwa bawa menyanyi Resam hulu mencari parang Adat buaya makan menyerang Resam rindu tidak terpandang Adat kecewa menangis seorang Rintik-rintik hujan di gunung Sama basah rumput di lembah Tunang cantik Cuma direnung Selepas nikah sayangnya bertambah Rintik-rintik namanya gerimis Hujan merata dibawa angin Wajah cantik senyumnya manis Api cinta terasa dingin Riuh sungguh bunyi bebarau Makan langsat kuning mencelah Padang kasih kering kemarau Demi cinta pantang mengalah Rotan sehasta diganti akar Akar disirat menganyam bubu Surat cinta sudah dibakar Mahligai kasih menjadi abu Rumput di kaki hamparan baldu Daun semalu jangan disentuh Lunak hati dibuai rindu Rindukan tuan di benua jauh Sambal mangga petai sepapan Masak keladi si daun selasih Gelap mata mabuk diumpun Menabur budi menjerat kasih Sambal pauh pucuk selasih Goreng bertepuh sotong gurita Belayar jauh mengutip kasih Kasih terapung di lautan cinta Sampai masa kenanga berbunga Baunya harum serata taman Sampai masa jodoh teruna Dara idaman sudah berteman Sebiru laut seputih awan Bertiup bayu terasa nyaman Cantik raut wajah rupawan Si gadis ayu sudah berteman Sebutir gasing jatuh bergolek Sehelai daun jatuh melayang Berat dijinjing lalu dikelek Hendak ditinggal terasa sayang Segar hijau pokok di taman Cuaca sejuk setiap hari Jauh merantau cari pengalaman Bukan merajuk kekasih lari Sehelai sirih sekacip pinang Sesudu madu mengubat lelah Di pinggir tasik jiwaku tenang Hatiku rindu kasihkan Allah Sejuk bayu si hutan malam Azan bergema menyambut siang Pujuk rayu kenangan silam Kekasih lama jelas terbayang Sejuk berjalan dipayung awan Daun gugur dipuput bayu Dara rupawan cantik menawan Cinta tersungkur dipujuk dirayu Sejuk merempuh badai malam Bahang menyusur terik matahari Sejuk ampuh kasih disulam Setia akur hamparan sanubari Sekecil tuma tetap berdarah Sebesar pekung diubat juga Luka lama kembali berdarah Dendam menakung di jiwa raga Selagi kembang bunga kenanga Jangan diranggah gugur semua Selagi kumbang menyeri bunga Bahagia singgah sebentar cuma Selesai sembahyang orang berjamu Ayam madu enaknya juadah Semarak sayang jodoh bertemu Api rindu padamlah sudah Selesai sudah kerja di bendang Mengail udang di laut dalam Mulut menyebut mata terpandang Ingatkan abang siang dan malam Semanis nangka semasam limau Putih bersih si buah laici Cinta kita di mulut harimau Ayah memilih ibu pun benci Sembilu angin bagai dihiris Sejuk bumi dititis embun Kalau ingin memikat gadis Baik agama cinta sekebun Semut berarak mencari gula Karung gula di tepi dapur Jauh jarak tempat bermula Janji setia kasih diukur Senja kala duduk di bangsal Orang di jeti mengail kelisa Tersungkur kepala tak Bengal Jatuh hati jiwa terseksa Serak garau bebarau sepasang Hidupnya Cuma di dalam sangkar Biar kermarau tanah gersang Bunga cinta tetaplah segar Setiap malam kumbang menyerang Habis mati bunga di laman Gelap langit tidak berbintang Sunyi hati tidak berteman Siang malam menjunjung buih Ombak tak jemu mengusap pantai Siang malam jiwa merintih Hati rindu minta dibelai Sirih pinang sambut tetamu Kuih bijan juadah kami Sejuk tenang padang kasihmu Bagai hujan menyerap ke bumi Sirih sehelai kapur secalit Sekacip pinang gambir secebis Janji terkulai cinta nan sulit Air tenang ikannya habis Sudah beratap rumah menantu Di tengah laman menjemur kain Berdua menatap bulan nan satu Cuma kenangan yang berlain Sudah dicuci lalu diperah Jemur baju di tepi huma Lenyap benci hilang marah Segar kembali cinta lama Sudah dimasak segala juadah Anak bangsawan diundang datang Jalan sesak saya redah Kerana tuan saya datang Sudah ditebang ditabur benih Durian sepokok di tepi telaga Kasih abang bak air jernih Minum seteguk hilang dahaga Sudah mendidih bubur disenduk Sebelum dijamu rasa sesudu Sakit pedih bak sembilu ditusuk Sakit lagi ditusuk rindu Sudah penuh pulut sedulang Gulai pari tunggu disenduk Sudah jenuh menepis malang Hati sendiri tidak terpujuk Sudah senja mahu ke rimba Unggas berarak terbang lalu Isteri manja tidur di riba Anak nampak tersipu malu Sudah sepakat anak teruna Pergi bergalah mencari terap Lautan cinta seluas buana Rahmat Allah insan mengharap Sudah tersaji ulam sebakul Daun selasih pucuk cemperai Tali janji diikat simpul Simpul kasih belum terlerai Sungai bersih pergi menjaring Dapat sekali ikan pelata Laut kasih semakin kering Hati mati di pantai cinta Sungai jernih dikocak lumpur Air pasang bagai terhenti Istana kasih hancur lebur Cinta gersang kecewa menanti Sungai susu telaga madu Semut mati di dalam cawan Wajah ayu suara merdu Baik pekerti hati tertawan Sungguh jelita gadis bersubang Besar gelang melengkar kaki Bersengkang mata menunggu abang Abang tak pulang hingga ke pagi Sungguh lama emak di huma Nasi disaji sudahlah sejuk Kasihmu Cuma sekecil hama Menagih janji hati dipujuk Sungguh lama wajik dikacau Habis tepung dibeli lagi Sungguh lama abang merantau Adik di kampung membilang hari Sungguh rending pokok betik Hinggap tiung sahut-menyahut Mata terpandang hati berdetik Mesra terjalin kasih berpaut Sungguh sejuk air cincau Aneka juadah sepenuh dulang Mimpi buruk cakap meracau Mimpi indah payah berulang Sunyi pusara di tanah seberang Setahun sekali bunga ditabur Putus cinta menangis seorang Kasih sejati sudah berkubur Susu pekat gula sesudu Sirap Bandung biji selasih Saya terlambat di pelabuhan rindu Tuan terlantar di padang kasih Tajam belati senang mengerat Adat pedang cepat memancung Remuk hati rindu nan sarat Bila terpandang kasih berkampung Tajam sabit mengerat rumput Kerat sama si lalang panjang Cinta secubit sayang tak luput Sekejap angsana berakar tunjang Tanah Semenanjung berteluk berpulau Laut teduh langit berawan Sayangnya tanjung payah dijelau Di benua jauh rindu-rinduan Tanam rapat pokok lengkuas Sudah berisi cepat dicangkul Belum dapat belumlah puas Hajat hati belum terkabul Tanam temu tumbuh meranti Meranti melilit si batang pinang Sudah jemu adik menanti Hari ini kita bertunang Tangkap keli pakai serampang Anak sepat biak di huma Biar kumati di hujung pedang Asalkan dapat hidup bersama Tangkas pencuk dengan silat Riuh gendang dengan rebana Tinggi kacak bertahi lalat Sekali pandang terus terpesona Tebal isi rambutan tut Berikan saya barang sekati Biar nasi datang ke lutut Kenyang saya makan hati! Teduh rending pohon cemara Batang ditoreh tidak bergetah Lama bertandang si duka lara Gelap hati mencari arah Teduh teluk pantai pun bersih Air pasang kapal berlabuh Puas memujung menabur kasih Hati gersang cinta tak tumbuh Tegak mahligai cantik terbilang Dipandang tak cukup sekali Kasihku bagai lalang di padang Ditebas dipijak tumbuh kembali Tegap paruh terbayang helang Turun hinggap di pokok mengkudu Adik jauh tidak terjelang Gambar ditatap mengubat rindu Tembakau kampung halus berjela Kapur dititik si air mawar Jiwa terkepung hati nan lara Halwa betik terasa tawar! Temu lawak kuningnya kunyit Buat ubat si panau angin Cantik awak minta dikenyit Hati terlambat orang tak ingin Tengkolok raja kampuh pelangi Kerisnya sempena ganja iras Cinta dibaja kembang mewangi Bagai sungai mengalir deras Terang bulan lima belas hari Padam pelit mengail tuka Sudah kutahu mawar berduri Penawar cinta tangan tak luka Terkilat belanak di air tenang Jala ditebar air berolak Matamu jinak hati terkenang Cinta melebar sayang ditolak Terkilat belanak jala ditebar Dapat kembung dapat pelata Pilu di benak menahan sabar Sebak menakung si air mata Terlepas jelatik terjerat undan Terbang merpati menghantar surat Isteri cantik suami pun padan Pilihan hati ke akhir hayat Terlepas sangkar burung di padang Hinggap punai di ampaian kain Janji terbakar cinta kecundang Kasih kusemai di taman lain Tetak dahan dibuat ampai Tebang jati balak bercukai Retak tempayan boleh disimpai Tumbang hati hancur berkecai Tiada angin pokok bergoyang Rupanya beruk memetik jambu Cinta dingin kemarau sayang Rupanya remuk jiwa kalbu Tiada tali carikan ijuk Patah tiang diganti papan Keras hati tak makan dipujuk Kasih sayang jadi ratapan Tiga dara tinggal sebilik Sudah dipinang si bujang lapuk Biar digoda si cantik molek Isteri tua cinta tak luput Tikar dianyam si tali ijuk Ijuk dikerat panjang sedepa Sejuk nyaman hati dipujuk Sesejuk bumi Kutub Utara Tikar pandan anyam berseni Menang memakai alah membeli Tiada sempadan kasihku ini Bagai lautan tidak bertepi Tikar reput tidak dipandang Papan hanyut dibuat lantai Hatiku rumput hilang padang Rinduku laut tidak berpantai Tilam buruk hanyut terapung Di Sungai Klang mengalir lesu Hati remuk jiwa terkepung Cinta dihalang kenapa membisu? Tinggi berdiri menara kembar Dua ruangan bersambung titi Bengkak jari tersusuk selumbar Tajam renungan menusuk hati Tinggi pagar istana larangan Hulubalang berlatih bermain pedang Harum segar bunga di tangan Bunga lain jangan dipandang Tinggi rending pohon cemara Cemara tumbuh di tepi telaga Lama bertandang si duka lara Bahagia ditunggu tak tiba juga Tinggi rimbun pohon beringin Malam rimas tidak berbintang Hatimu embun bertambah dingin Kasihku panas hingga ke petang Tinggi tegak pohon cemara Siang berpanas malam berembun Tinggal emak buang saudara Bagai menebas serai serumpun Tumpul belati hiris tak luka Tajam diasah batu berbaja Tersimpul mati tali dibuka Tersimpul kasih janji di kota Turun ribut menampi padi Biar cepat hampa melayang Jangan disebut orang tak sudi Mesra rapat bertambah sayang Udang galah berkampung di muara Air jernih orang menjala Lembut indah umpama sutera Hangatnya kasih bagai disula Udara sejuk dihembus bayu Turun gerimis belumlah lebat Puas dipujuk puas dirayu Umpan habis ikan tak dapat Warna-warni alam buana Angin menderu membawa mendung Saya di sini tuan di sana Demam rindu sama ditanggung Berarak awan selembut bayu Tidak lari bukit disalah Bijak tuan memujuk rayu Mulut terkunci hendak menolak Cuba-cuba menyabung ayam Sudah suka menjadi judi Cuba-cuba menabur sayang Sudah suka jumpa tok kadi Duduk berkumpul kelambu ditampal Siap kelambu lalu direndam Asap berkepul terbakar Terbakar kalbu bara tak padam
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 21:07:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015