Ada sorang ustazah tu yang agak keterlaluan bencinya pada sunnah - TopicsExpress



          

Ada sorang ustazah tu yang agak keterlaluan bencinya pada sunnah Rasulillah yang sangat agung iaitu poligami. Poligam pula ialah politik gambar yang biasa diamalkan oleh tokoh-tokoh demokrasi negara. Kadang-kadang sampai indah khabar daripada rupa! Ok. Bukan nak cerita pasal poligam, tapi poligami. Itu selingan saja. Mengenai poligami, kenapa perlu anti sangat? Bukankah ianya hukum Allah yang sudah jelas termaktub dalam al-Quran? Bila ada segelintir ustaz yang kahwin ramai, mereka dicemuh dan dihina sekejinya. Konon mereka itu kuat nafsu dan gila seks! Time artis kesayangan mereka yang berkahwin empat pula, mereka iyakan saja malah puji melambung. Tidakkah ianya double standard? Soal kepelikan seorang ustazah yang juga seorang novelis, beliau menulis di FB beliau dengan penuh emosi dan sentimen keperempuanan, bahawa orang perempuan tidak rela dimadukan. Seolah-olah semua wanita sependapat dengan beliau! Paling tak tahan, siap tulis novel lagi cerita pasal keburukan poligami. Ditulis dengan penuh emosional dan prejudis. Tanpa kajian mendalam dan hujah ilmiah, beliau membukukan idea anti-poligaminya itu. Ya, saya tahu orang perempuan tak suka poligami. Saya cuba posisikan kedudukan saya pada sisi pandangan seorang perempuan, barangkali kalau saya jadi mereka, saya juga tak mahu dimadukan. Tapi ketidaksukaan kita pada ketetapan Allah itu janganlah sampai menampakkan kebencian. Siap boleh buat perjanjian lagi, minta suami beliau tanda tangani surat yang beliau tidak akan dimadukan. Kesian kalo jadi laki dia. Haha. Saya pun menulis dengan sedikit emosi barangkali. Tapi kita masih ada pertimbangannya. Masih ada guide wahyu dan sabda. Walaupun saya mungkin tidak mahu berpoligami nanti, tapi tak perlulah sampai membenci. Ustazah, tapi anti-poligami? Erk..
Posted on: Thu, 17 Oct 2013 06:48:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015