Ahli perniagaan ditemui mati reput KUCHING 21 Sept. - Bau busuk - TopicsExpress



          

Ahli perniagaan ditemui mati reput KUCHING 21 Sept. - Bau busuk yang datang dari arah rumah jiran membongkar penemuan mayat seorang ahli perniagaan lelaki yang hampir reput di rumah sewanya di Apartmen Park Avenue, Tabuan Jaya di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mayat Daniel Wang, 54, berasal dari Sungai Petani, Kedah ditemui terbaring di atas katil dalam bilik tidurnya. Difahamkan, ahli perniagaan itu baharu memperoleh kerakyatan Australia dan sedang mengemas barangannya untuk berhijrah ke negara tersebut namun dia dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung. Jurucakap polis berkata, seorang jiran yang terhidu bau busuk menghubungi tuan rumah tersebut untuk memeriksa keadaan rumah itu dan pemilik berkenaan menemui mayat lelaki itu. "Kita percaya lelaki terbabit menyewa bersendirian di rumah itu dan meninggal dunia sejak seminggu lalu berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput dan kembung. "Setakat ini polis masih menyiasat punca kematiannya tetapi tidak menolak kemungkinan dia meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 00:40:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015