Aku rasa bosan dengan situasi formal & sesuatu acara yang penuh - TopicsExpress



          

Aku rasa bosan dengan situasi formal & sesuatu acara yang penuh protokol. Saidina Umar pernah berkata kepada seorang pembantunya ketika mereka berdua dalam perjalanan ke Palestin untuk membuka kota Al-Quds setelah tentera Islam berjaya menawan kota tersebut dari tentera2 kuffar, iaitu "SESUNGGUHNYA PENGHORMATAN DALAM ISLAM CUKUP UNTUK SEMUA." Kata2 tersebut diucapkan kerana pembantunya itu keberatan untuk menaiki haiwan tunggangan yang hanya seekor itu kerana memikirkan dia tak setaraf dengan Saidina Umar selaku KHALIFAH umat Islam ketika itu. Jika kedua2 orang naik ditakuti terlalu membebani & menzalimi haiwan pula. Begitulah cantiknya akhlak Saidina Umar disebalik ketegasannya - Jadi mana ada kasta dalam Islam sehinggakan mengganggu ruang pergaulan??
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 17:06:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015