Anemia semasa mengandung (hamil) Anemia salah satu masalah yang - TopicsExpress



          

Anemia semasa mengandung (hamil) Anemia salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini turut nor alami untuk kandungan pertama dan ke dua. Menurut ibu penulis, dia turut mengalaminya untuk kesemua anak-anaknya semasa mengandung. Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah [hemoglobin] ibu kurang daripada 11gm%. Punca anemia : 1. Kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12, 2. Jangkitan cacing 3. Penyakit malaria 4. Masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia 5. Pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid 6. Kerap mengandung [kurang dari 2 tahun], kehamilan kembar, kerap keguguran Tanda-tanda anemia : 1. Pucat 2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya 3. Kerap pening 4. Mudah pitam 5. Mudah mengah 6. Degupan jantung cepat Kesan anemia kepada ibu : 1. Mudah mendapat jangkitan 2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung 3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin Kesan anemia kepada kandungan : 1. Keguguran 2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut 3. Bayi mati dalam perut 4. Bayi lahir tidak cukup bulan 5. Bayi lahir kurang berat badan. ******************************************** Dapatkan pelbagai produk kesihatan serta tips hamil, LIKES (y) Bz Outlet !!! harga bepatutan !!! Jom atasi sembelit bersama Clensup MURAH
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 00:40:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015