Assalamualaikum WBT. Salam 1Malaysia Salam 1Terengganu Salam - TopicsExpress



          

Assalamualaikum WBT. Salam 1Malaysia Salam 1Terengganu Salam 1Belia. TAHNIAH SM.IMTIAZ, DUNGUN Kuala Terengganu: Tiga pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz, Dungun, merangkul pingat emas pada pertandingan Inovasi dan Ekspo Reka Cipta Antarabangsa, Macau, China 2013. Pada pertandingan selama tiga hari bermula 28 Jun lalu, Huzaifah Ahmad Ibrahim, Anas Mohamed Daud dan Mohamad Ridwan Anuar, mempertaruhkan kreativiti dan inovasi menghasilkan karbon yang diaktifkan daripada empulur jagung. SELESAIKAN MASALAH TUMPAHAN MINYAK Produk berkenaan digunakan untuk menyelesaikan masalah tumpahan minyak dan sisa logam berat seperti plumbum di kawasan perindustrian. Guru pengiring, Hamizah Omar, berkata pihak sekolah bangga di atas pencapaian dan prestasi dipamerkan tiga pelajar itu kerana saingan peserta negara lain yang cukup hebat. Beliau yang mengajar Matematik Tambahan berkata, pelajar berkenaan mengambil masa enam bulan untuk melakukan ujian ke atas produk berkenaan. Katanya, kejayaan itu juga atas bantuan pelbagai pihak termasuk Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Taufik Suhaimi Ahmad dan Bahagian Pendidikan Islam Putrajaya, Rozman Mat Hazim. “Kami juga mendapat sokongan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan berterima kasih kepada Yayasan Terengganu (YT) yang menaja pasukan menyertai pertandingan ini,” katanya. Kejayaan di peringkat antarabangsa itu adalah yang kedua oleh SM Imtiaz Dungun selepas meraih pingat emas pada pertandingan sama di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), April lalu. SM Imtiaz Dungun juga mendapat dua lagi tawaran menyertai pertandingan di Korea dan Croatia, akhir tahun ini. (Artikel Berita Harian 16 Julai 2013) TAHNIAH DARIPADA KETUA PENERANGAN GPMS NEGERI TERENGGANU
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 00:55:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015