Ayat power seorang pesakit.... Salah seorang pesakit yang - TopicsExpress



          

Ayat power seorang pesakit.... Salah seorang pesakit yang datang hari ini adalah seorang makcik, yang datang untuk rawatan kali - 3 dalam masa 10 hari Keluhan pesakit - sudah berpuluh tahun sakit kaki (seluruh). tapak kaki sakit, tapak kaki sejuk, kaki kehitaman, bengkak pada buku lali sehinggakan tidak nampak buku lali, kaki/lutut tidak dapat dibengkokkan/dilipatkan, tidak dapat solat dengan sempurna (hanya solat duduk atas kerusi), kebas-kebas kaki, jalan bertongkat, dan lain-lain berkaitan kaki... setelah diagnos dijalankan, saya mencadangkan kaedah terapi gabungan akupunktur dan yumeiho... (saya tidak janjikan jumlah rawatan yang perlu dilakukan kerana ianya bergantung kepada tahap keseriusan sakit pesakit dan saya tiada kuasa dalam hal tersebut) Alhamdulillah, selepas sekali rawatan dah boleh nampak kesan yang ketara, kehitaman pada kaki sudah berkurangan serta-merta, lutut kanan sudah boleh lipat. Ketika datang pagi tadi (selepas rawatan kali ke-2), bengkak pada buku lali telah sembuh, sudah menampakkan buku lali. Pesakit juga sudah tidak menggunakan tongkat ketika dirumah (hanya pakai tongkat sekiranya keluar kerena keadaan kaki masih lemah). Selepas rawatan pagi tadi, kedua-dua kaki/lutut boleh dilipatkan dan kesakitan selama ini, sudah banyak berkurangan. Sebenarnya bukan testimoni ini yang membuatkan saya nak bercerita. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah, saya hanya perlaksana sahaja. Tetapi, sebelum sesi rawatan ini berakhir makcik tu berkata... Alhamdulillah, banyak sangat berubah, Insya Allah nnt makcik datang lagi ye... dah berpuluh tahun sakit, mestilah amik masa yang lama juga untuk sembuh kan? huh!!! memang best ayat makcik nih... bukan senang nak dapat mentaliti orang melayu yang boleh terima hakikat sakit pada diri mereka telah lama bertapak dan datang berlahan-lahan; begitu juga proses kesembuhan yang juga akan mengambil masa untuk sembuh...
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 12:42:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015