“Bismillah. Okay. Now let me list out the current name lists for - TopicsExpress



          

“Bismillah. Okay. Now let me list out the current name lists for our ‘Keep On Track’ as known as KOT event this year first,” Addi memulakan bicara sambil menyelak helaian kertas kajang yang baru dikeluarkan dari failnya itu. “As we already acknowledged, I am the director this year. In shaa Allah I will do my best as I know Allah’s help is always there. We have Safiah as the co-director, Ameen and Azra the outstanding secretary, Muaz and Mawaddah the trusted treasurer....” dan senarai ahli jawatan kuasa terus dibacakannya. Sehinggalah, “Okay. Ada tambahan di sini sebab aku nak lantik Irfan sebagai pelukis grafik dalam committee kita. Dia lah yang akan handle kebanyakan hebahan dan iklan untuk tarik pelajar dalam kolej ni join aktiviti-aktiviti yang kita plan. I am sure that all of you know him well, Irfan Hakim.” Yang lain mengangguk tanda setuju. Yang seorang ni masih diam terkelu. “Aduh.. betul ke nak masukkan dia dalam committee kita ni? Dia tu bukan ke nerd yang tak campur dengan orang? Dah la tu, kau yakin dia boleh handle this graphic thing? Nak download video Youtube pun aku rasa dia tak tahu. Balik tiap-tiap minggu. Kat sini pun, duk kat surau berteleku. I know him well kot.” Lelaki di sudut sana tergelak mendengar kenyataan Amri. Ina dan Linda mencebik tanda protes. Suasana hingar seketika. Masing-masing menyatakan pendapat mereka tentang Irfan. Ada yang menyokong Amri, ada yang menentang. Addi tersenyum. Dihulurnya dua buah majalah lama MCKK kepada Amri. Tak cukup dengan itu, keratan-keratan akhbar The Star pun diserahnya. “Apa ni?” Amri menyoal. Dia berdiri menyambut huluran Addi. “Selak page sidang redaksi and you’ll understand. Tengok The Star tu sekali.” Amri menurut tanpa banyak soal. Yang lain cuba meninjau-ninjau. Nak tahu punya fasal. Tanpa disedari, mata Amri terbeliak, mulutnya terbuka luas, dia lantas berdiri tegak. “Is this him?” Pada halaman sidang redaksi yang dibukanya sekarang, jelas terpampang nama Irfan Hakim bin Irsyad sebagai Head of Graphic and Design Team untuk 2010 MCKK Magz dan Lead Editor untuk 2011 MCKK Magz. “He was from MCKK. Seriously, aku tak pernah tahu.” Halaman The Star pula diselaknya. Pertama : heading bertajuk ‘2009 Blogger Award’ dan menunjukkan gambar Irfan sedang menerima sesuatu dari seorang VIP di atas pentas. Kedua : heading tentang ‘First Malaysian Student to Photo-escapist Tour’- sebuah lawatan ke Australia- mengkaji pribumi di sana tajaan penuh KPM pada tahun 2011. Dan keratan The Star yang lain itu, menyebabkan Amri terduduk. “Is that Irfan Hakim?” “Yes my dear Amri. He has thousand reasons for not socialising freely. Tak sosial bukan bermakna takde skill apa pun. It’s sama ada dia nerd tak mau campur orang atau kau yang skeptis tahap giga sampai kau terlupa nak taaruf dengan dia. Tadi kata you know him well eh? Apasal terkezzut?” Addi yang tadi bersikap tenang, masih tenang memberi servis dalam katanya. Amri sudah tak mampu berkata apa-apa. Geng penyokong yang sama-sama tergelak tadi pun diam. Rasa tersentap. Rupa-rupanya, Irfan yang dikatakan nerd tahap skema-tak-mau-campur-orang tu kelihatan nerd kerana spek ‘old school’ nya saja. Bukan sebab apa pun. Skema dia pun, kerana mengikut acuan skema Allah dan Rasulnya. Dan cuma certain orang je yang dia tak campur. Kalau dulu, dialah leader geng yang ‘fly’ asrama di MCKK, leader geng yang pergi Gents time exam (sebab nak refer buku rujukan yang ditinggalkan dalam toilet hujung) dan juga escapist dari program-program anjuran Lujnah Kerohanian dan Moral. Dulu pun, dia punya makwe bersepah je dari macam-macam SBP. Tapi sekarang tak lagi. Dia tak ‘fly’ dah, tak tiru dah time exam. Sekarang pun kalau nak diikutkan, banyak je event anjuran Lujnah Kerohanian dan Moral yang dia join. Makwe? Tekadnya, nak bercinta lepas nikah je. Semuanya dilupakan lepas dia faham yang Allah sentiasa ada. Yang sentiasa melihat segala amal perbuatan kita. Yang sentiasa tahu setiap detikan hati manusia. Memang seronok cipta kenangan ‘fly’ asrama, tapi bukan ke sebagai student, ada rules yang kena follow? Dan memang best dapat jawab complete time exam kalau rujuk buku dalam toilet, rujuk google dalam android, tapi bukan ke exam tu ada untuk test individual ability independently tanpa apa-apa bantuan lain? Termasuk gajet yang boleh akses internet. Mana perginya tanggungjawab dan amanah tu? Mana perginya rasa yang Allah tengah tengok perbuatan kita setiap waktu? Kalau rules manusia yang simple pun tak dapat nak ikut, macam mana nak adapt dengan rules yang Allah governed? Semua persoalan inilah yang membuatkan Irfan berubah 360 darjah. Tapi, graphic and designing skill dia tak pernah berubah. Makin mantap adalah. “So, that’s the end of my story. Thanks for coming today. Apa yang baik, jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan dan belajarlah melalui pengalaman. Assalamualaikum semua.” Addi menutup majlis dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah al-Asr. Kemudian, dia meminta Amri agar menunggunya sebentar. “Geng, ingatlah, Allah dah kata dalam Surah Al-Hujurat ayat 12 : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.” Amri hanya mengangguk lemah. “Kau tahu kan apa analogi ayat tadi? Ingat tak, yang pasal memakan daging saudara sendiri?”. Amri mengangguk lagi. “So, let us both learn something dari apa yang terjadi. Aseef kalau kata-kata aku tadi agak pedas.” “Tak pe Di. Aku yang bersalah.” Jawabnya lemah. Setelah ucapan salam, mereka meneruskan haluan masing-masing. Amri ternampak Irfan di satu sudut cafe asrama mereka. Dia mula merancang sesuatu. “Irfan!”
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 13:35:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015