Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Sedikit perkongsian - TopicsExpress



          

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tentang BIDADARI SYURGA. Semoga bermanfaat. Selamat membaca! :) BIDADARI SYURGA PART 1 by IBNU BATOOTA (FB). Baru-baru ni semasa sy (Ibnu batoota) dlm kelas tafsir Al-Quran, kami masuk tafsir surah an-naba. Bila sampai je ayat 33 yg bermaksud : dan gadis-gadis (bidadari) yg montok (dadanya) dan sebaya umurnya Memang syeikh cerita pasal bidadari je sampai habis kelas. Syeikh kami pula memang well known speaker ( namanya maulana sulaiman moola. Search kt youtube utk dgr ceramahnya ) . So mmg tak jemu dengar. Panjang sgt kalau nak cerita semua yg beliau sampaikan. Cuma ada satu perkataan yg betul2 merenggut jantungku. Katanya.. Bidadari syurga dicipta dari 4 jenis bunga terwangi pernah dicipta Allah. Iaitu : 1. Misk 2. Anbar 3. Zafaran 4. Kafur Kita dengar perkara ni mcm biasa je katanya. Sebab kita tak faham hakikat sebenar 4 bunga tu. Kita cuma dpt fahami ia bila kita lihat ada apa dgn wanita2 dunia yg juga ada 4 kotoran busuk. Iaitu : 1. Haid 2. Istihadah 3. Nifas 4. Darah Bayangkan mereka (kaum wanita) yg ada 4 kotoran yg busuk sampai Allah haramkn mereka solat, baca Quran, masuk masjid kerananya pun, mereka SANGAT CANTIK, MENGGODA DAN MENYEJUKKAN MATA BAGI SUAMI. Berapa ramai yg ke neraka kerana terperangkap dgn fitnah wanita. Jadi yg busuk dan kotor pun orang sanggup berperang, bergaduh, putus silaturrahim utk mendapatkannya. Maka. Agak2 betapa mabuknya kita apabila ternampak walaupun bayang2 kepada para bidadari syurga yg sememangnya suci bersih, sentiasa dara, sentiasa muda (17 tahun), setia, tak pandang yg lain kecuali kita dgn penuh cinta, penuh rindu??? NOTE : Ya Allah, ruginya org yg berzina. Ruginya org yg bercouple (termasuk couple islamik), ruginya org bercinta luar nikah (termasuk yg bercinta ketika tunang). Ruginya org yg menyentuh wanita yg haram baginya. Ruginya org yg bermesej2 dgn perempuan tanpa sebab. Ruginya org yg tertipu dgn kecantikan palsu wanita dunia. Rugi rugi rugi. Walaupun korang berjubah berserban. Walaupun yg korang layan wanita berjubah berpurdah. Korang tetap rugi.. Sebab korang diharamkan bertemu bidadari sejati. Kerana korang dah merasai nikmat palsu wanita murahan di atas muka bumi. Wahai kaum lelaki, kalian diberi akal yg kuat utk memahami kalamku. Talak 3 lah semua perempuan2 murahan yg menjadi pasangan cinta luar nikah mu. Jangan anggap sia2 kerana pengorbanan itu hadiahnya utk kalian Allah janjikan syurga yg di dalamnya ada ribu ribu ribu ribu bidadari yg teramat indah! Kalau ahli maksiat pun diberi syurga. Maka di mana keadilan kepada para muslimin yg menjaga hati, lidah, kemaluan dan tangannya dari wanita yg haram ke atasnya? Mana mungkin itu adil bagi mereka.. Sekarang anda pilih. Korang ada otak. Korang ada akal. Aku tak payah nak ajar. PILIH! Sama ada teruskn bersama wanita kotor kalian tanpa nikah. Atau Allah gantikan dengan bidadari syurga yg setitis ludahnya sahaja boleh membuatkan 7 lautan menjadi manis. (Subhanallah!) Kalau nak juga wanita dunia. Muliakanlah mereka dgn jalan nikah. Agar mereka menjadi KETUA BIDADARI buat kalian di dalam syurga. Cukup2lah berfoya-foya hancurkan maruah muslimah. Cukup lah.... Belum terlambat lagi nak bertaubat wei. Talak cepat! -------------------------------------- BIDADARI SYURGA PART 2 by IBNU BATOOTA (FB) Lelaki diciptakan fitrahnya sukakan wanita. Walaupun mereka tahu wanita dipenuhi 4 jenis kotoran yg disebutkn sebelum ini. Mereka akan tetap gilakan kaum wanita. Jadi Allah benarkn lelaki nikah 4 di dunia dan mendapat habuan jutaan bidadari di syurga. Rugi kepada para lelaki yg Allah haramkn bidadari untuknya kerana pengkhianatan mereka ke atas bidadari dunia (wanita dunia) sama ada mereka bercouple, bercinta luar nikah dan segala pengkhianatan yg lain. Tapi Allah Maha Pengampun. Kalau kita taubat skrg dan bersihkan diri, Allah akan ampunkn kita dan akan masukkan kita ke syurga yg mana sekecil2 syurga ialah sebesar 10kali ganda besar dunia. (10 x 7langit dan 7bumi = 70langit dan 70bumi). Dan bumi umpama cincin di atas padang pasir yg luas bila dibandingkan keluasannya dengan langit pertama. Begitu juga langit pertama besarnya umpama sebentuk cincin di atas padang pasir yg luas jika dibandingkan dgn keluasan langit ke dua. Begitulah seterusnya sampai langit ke 7. Seluruh 7bumi dan 7langit hanya umpama cincin di atas padang pasir apabila dibandingkn dgn al-kursi. Dan al-kursi cuma umpama sebentuk cincin di atas padang pasir apabila dibandingkan dgn kebesaran arasy Allah. Dan arasy Allah di atas air dan menjadi atap kepada syurga. (TETAPI ALLAH TIDAK BERTEMPAT DI ATAS ARASY. MAHA SUCI ALLAH DARIPADA TEMPAT. ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT. BERDOSA BESAR JIKA SESEORANG BERKATA ALLAH BERSILA DI ATAS ARASY) Jadi,sekecil2 syurga pun besarnya 10 kali ganda dunia. Dan paling kurang ada 2.5juta bidadari menunggu para lelaki yg dijadikan Allah tidak akan letih atau lemah. Yg mempunyai kekuatan 40 org lelaki dunia utk melayan semua bidadarinya. Dan para lelaki syurga digambarkan dlam Quran dan hadis sebagai sentiasa sibuk setiap hari dgn aktiviti memecahkan dara bidadari. Dan sekecil2 syurga utk org yg mempunyai sekecil2 iman yg sebesar zarah. Kaum wanita pula diciptakan Allah fitrahnya sukakan perhiasan dan shopping seperti emas, bunga, baju cantik, wangian, maka di syurga kelak para KETUA BIDADARI (WANITA DUNIA) akan diberikan banyak supermarket2 besar dan semua barangnya percuma, baju2 mereka sgt cantik dan lembut, 70 warna yg berbeza dgn 70 wangian yg berbeza pada setiap helai benang kain sutera. Dan kulit mereka sgt halus hingga bila mereka minum air, boleh nampak air itu lalu di tekak mereka kerana terlampau lembut kulit mereka. Dan Allah hapuskan sifat cemburu drpd mereka. Jadi mereka tidak peduli pun suami mereka tidur dgn sejuta bidadari satu malam. Adapun betapa istimewanya kaum wanita dunia. Di dunia Allah ciptakan mereka sgt kotor dgn haid, istihadah, nifas, darah dan lain2. Tetapi tetap Allah mewajibkan maruah mereka dijaga, mewajibkan mereka dihijab, berpurdah, berpakaian hitam, mengharamkan mereka bermusafir tanpa mahram, menutup semuanya kerana sejak di dunia lagi Allah mahu mereka dilayan seperti BIDADARI kerana sifat bidadari ialah TIDAK PERNAH DILIHAT DAN TIDAK PULA MELIHAT LELAKI HARAM SELAIN SUAMINYA. dan tidak pernah disentuh manusia atau jin. Jadi ruginya ruginya ruginya wanita yg tidak menutup aurat. Ruginya wanita yg pamer gambar di fb (atau mana2 laman sosial) WALAUPUN BERPURDAH. Ruginya wanita bercouple. Ruginya wanita yg bercinta dgn lelaki bukan mahram. Ruginya wanita yg serahkan diri kepada lelaki. Kerana di dunia lg mereka dilayan seperti ahli neraka. Kerana di dunia lg mereka diharamkan Allah dilayan seperti bidadari. Kerana di dunia lg mereka tidak dijaga maruahnya. Kerana di dunia lg mereka menjadi bahan nafsu shj. Berbeza dgn para wanita yg sejak di dunia lagi Allah isytiharkan mereka itu BIDADARI iaitu mereka yg menjaga diri, mata, telinga, kaki, kemaluan drpd yg haram, iaitu wanita yg tidak pernah dilihat lelaki. Wanita yg malu. Wanita yg tidak pamerkan diri mereka utk jd tatapan jutaan lelaki (di laman sosial terutamanya). Wanita yg menjaga diri dari cinta murahan sebelum nikah. Wanita yg menutup semua jalan fitnah. Wanita yg zuhud dari semua perhiasan dunia. Mereka inilah para BIDADARI DUNIA. yg bakal menjadi KETUA BIDADARI SYURGA. kalau bidadari syurga yg sekiranya mereka zahirkan wajah mereka di langit dunia akan membuatkan semua lelaki dunia mati kerana berkecai hati mereka pun dah lebih dari cukup. Maka kata2 apa lg yg boleh diungkapkan utk menggambarkan bagaimana indahnya KETUA BIDADARI? Yg mana walaupun suami di syurga dilayan berjuta2 bidadari, tetapi tetap dia akan letakkan isterinya di singgahsana tertinggi disebelahnya kerana antara semua bidadari yg wujud, isterinya tetap WANITA SYURGA YG PALING CANTIK DIMATANYA. Bukannya kalau kt dunia para wanita kotor, di syurga pun mereka kotor. SALAH TU. Kalau wanita dunia masuk syurga, MEREKA AKAN MENJADI BERGANDA2 LEBIH CANTIK DAN LEBIH SUCI DARI BIDADARI SAMPAI BIDADARI PUN JELES! (Allahuakbar!) Sebabnya wanita dunia banyak pengorbanan. Jaga maruah. Jaga aurat. Jaga diri. Jaga syariat. Jaga ibadat. So mereka dijadikan sebagai bidadari yg paling indah. Sama macam kes kat syurga takde orang tua. Bukan bermakna orang tua tak masuk syurga. Tapi semua yg tua bila masuk syurga akan kembali muda. Sweet 17 :) NOTE : Kepada makcik2 yg tak suka dengar kisah bidadari. Yg jeles dgn kemontokkan badan bidadari. Jeles dengan dara bidadari yg tak pernah hilang. Apa guna korang jeles dengan diorang sedangkn hakikatnya koranglah BIDADARI TU! JIKA KORANG BERUSAHA HANCURKAN DAN REMUKKAN HATI KORANG UNTUK JAGA SYARIAT ALLAH. maka koranglah yg akan jadI PERMAISURI di syurga. Jangan ragu lagi. Kalau ini yg korang nak. Keluar segera dari tipu daya dunia. Remukkan hati korang. Clash dengan semua wanita2 haram. Clash dgn semua lelaki2 haram. Yg dah terlanjur, bertaubat segera! Allah tidak pernah tutup pintu taubatNya. Memang hati korang akan remuk hancur kerana dihina sebab nk berubah. Nak berubah tutup aurat, berpurdah, pakai pakaian hitam, takmau baju yg berhias, tinggalkan pakwe makwe kesayangan. Tapi korang jangan fikir Allah buta. Jangan korang fikir Allah pekak. Jangan korang fikir Allah akan SIA-SIAKAN AIT MATA korang kerana menahan pedih remuknya hati kerana taatkan perintahNya. Kerana nabi bersabda : Sesungguhnya Allah akan bersama hati-hati yg remuk kerana taatkan perintahNya. Bidadara takde. Wildan (anak lelaki muda) ada lah. Wanita syurga akan jadi ketua bidadari kepada suami mereka. Perempuan tak perlukan bidadara sebab nafsu mereka bukannya nak jimak sgt mcm lelaki. Nafsu mereka lebih kepada perhiasan. Jadi Allah bagi banyak perhiasan. Supermarket besar. Baju2 cantik. Emas permata. Jadi QUEEN di syurga. Lelaki pulak kalau takde perhiasan tak kisah sgt. Yg penting ada bidadari. Duduk pondok pun takpe. Asalkn ada ramai bidadari. Nafsu lelaki dan perempuan tak sama. Sebab tu kat dunia perempuan boleh kahwin sorang. Lelaki boleh kahwin 4. Wanita dunia yg masuk syurga takkan bosan dengan suaminya. Sebab muka suaminya setiap hari bertambah hensem. Bahkan dia boleh pilih kat pasar yg banyak gambar lelaki hensem utk suami dia jadi muka camtu. --------------------------------------- Wallahualam. Segala perkongsian ini di ambil dari status fb Ibnu Batoota. Semoga perkongsian tentang bidadari syurga ni bermanfaat untuk kita semua. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Yg lelaki, semoga kalian berjaya memiliki bidadari dunia dan syurga. Yg perempuan, semoga kita dapat jd ketua bidadari syurga! Semoga dapat kita manfaatkan bersama. Sebarkanlah utk perkongsian bersama. InshaaAllah dgn sedikit usaha kita utk kongsikan maklumat berguna ni, kita dpt jadikan saham kita utk akhirat kelak. Semoga Allah redha dgn usaha kita :)
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 15:43:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015