Dulu Berani, Kenapa Sekarang Takut? Tuhan jadikan manusia itu - TopicsExpress



          

Dulu Berani, Kenapa Sekarang Takut? Tuhan jadikan manusia itu dilahirkan seorang yang berani. cuba kita lihat sewaktu kita bayi, kita belajar merangkak, berdiri & berjalan. Kita dilahirkan sebagai HERO. Dulu sewaktu kita kecil & jadi baby kita belajar dengan berani,tak takut & tak kenal erti putus asa.Cuba renungkan semula bagaimana kita belajar berjalan. Bila kita belajar berjalan kita banyak kali melalui proses jatuh bangun.Kita cuba berjalan lepas tu kita jatuh! & bangkit lagi, lepas tu kita jatuh!, lepas tu kita bangkit lagi, lepas tu jatuh! Sampai lah kita pandai berjalan sendiri & akhirnya kita pandai berlari. Kalau dulu waktu kita bayi takut jatuh sewaktu belajar berjalan, rasanya sekarang ini kita masih merangkak lagi agaknya Kenapa sekarang kita jadi takut & tak berani seperti dulu lagi? Sebab minda kita telah diracuni dengan fikiran "takut itu lah" "takut ini lah" sampai keyakinan diri itu hilang. Hukum alam memang begini.Setiap apa yang berlaku semuanya ada proses.Cuma kena berani "buat" dan kalau silap adjust sahaja. Contoh, Nak hasilkan tomyam kena ada ayam baru sedap.Ayam nak buat masak mestilah disembelih dulu. Ayam terjadi daripada telur ayam.Telur ayam terjadi daripada hasil mengawan ayam jantan & betina.Ayam jantan & betina terhasil dari....dan seterusnya. Setiap hasil yang dimahukan mesti ada proses yang kena dilalui baru lah boleh dapat hasil yang lumayan. Kan? :-)
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 18:21:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015