Emm... kalau ikutkan tarikh last sekali aku pos, dah 4 hari aku - TopicsExpress



          

Emm... kalau ikutkan tarikh last sekali aku pos, dah 4 hari aku tak update FB. Sebenarnya aku tengah fokus untuk siapkan beberapa projek. Alhamdulillah banyak projek2 yang telah siap. Antaranya ialah, pasukan bola sepak yang aku bersama rakan2 aku main selama bertahun2 telah pun berjaya mendaftarkan diri dan bermain di Liga FAS. Ini adalah kejayaan besar bagi pasukan kami kerana selama ini kami banyak bermain liga haram. InsyaAllah lagi 2 minggu Liga FA dan Divisyen 1 akan bermula di Selangor. Yang kedua, aku juga bertungkus lumus pindah rumah baru. Maklumla baru kahiwn. Cuma kereta jer tak der sekarang nie sebab kemalangan itu hari dan insurans dah declare total lost. Yang ketiga, dalam masa yang sama, aku juga sibuk dengan parti. Ke sana ke sini jumpa akar umbi untuk bertukar2 pendapat dan bertanyakan masalah setempat. Alhamdulillah, banyak tempat dah aku lawat dan banyak aku melihat yang BN nie memang tak boleh pakai. Rakyat macam nak mati kerja siang malam, dia senang2 jer suruh Ketua Bahagian sekat bantuan mana2 pihak yang cenderung ke arah PR. Aku berharap korang semua bersabar dengan dugaan yang ALLAH sedang uji kita nie. Biarlah orang nak buat kita, PASti satu hari nanti, ALLAH akan uji dia pula. Sebab apa aku cakap begini? Sebabnya aku melihat banyak warung2 kecil Melayu terpaksa gulung tikar. Terpaksa kerja kilang sebab tak mampu nak berniaga. Kalau berniaga, dah tentu nak kena naikkan harga. Naik jer harga, pembeli mula merungut. Sudahnya, seminggu sales kurang. Nak makan apa kalau berniaga tak ada untung? Lepas nie pula GST akan dilancarkan. Maka lagi besarlah jurang kaya & miskin nie. Aku berkesempatan jumpa seorang Ustaz UMNO nie. Dia cakap ngan aku, BERSYUKUR NEGARA AMAN. Aku balas balik, YUP AMAN, TAPI AMAN DENGAN KEMUNGKARAN. Terdiam terus. Cakap jer letup2, tapi asas sesuatu perkara itu terjadi tak mau kaji. Cukup bulan ambil gaji. Jijik aku tengok. So itulah serba sedikit yang aku boleh kongsikan ngan korang. InsyaAllah nanti aku bentangkan beberapa perkara yang aku nampak sendiri hasil jelajah negeri ke negeri ini. :) TUMBANGKAN REGIM BN!!!!
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 17:04:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015