FAKTA SEJARAH KENEGARAAN YANG SALAH PERLU DIBETULKAN, JIKA TIDAK - TopicsExpress



          

FAKTA SEJARAH KENEGARAAN YANG SALAH PERLU DIBETULKAN, JIKA TIDAK IA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SATU BENTUK PENYESATAN DAN PENJAJAHAN MINDA. (perlu dibetulkan utk megelak fitnah di kemudian hari) _____________________________ SOALAN SEJARAH SPM TAHUN 2008 Kertas 2, Bahagian A, Soalan No. 4 Nota: Soalan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan No. 4, ayatnya seperti berikut:- 4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada tahun 1945 apabila Liga Bangsa dibubarkan. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai PBB pada tahun 1957. (a) Apakah matlamat Piagam PBB? (i) ________________________________________________________________________________________________________________________________________________ (ii) ________________________________________________________________________________________________________________________________________________ [2 markah] (b) Bagaimanakah Malaysia membantu PBB menyelesaikan konflik antarabangsa? (i) ________________________________________________________________________________________________________________________________________________ (ii) ________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Nota: Hanya beberapa keratan soalan sahaja. Untuk melihat soalan selanjutnya, boleh rujuk Soalan Sejarah SPM 2008. Apakah yang tidak betul dengan soalan ini??? Soalan saya kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia:- 1. Adakah Malaysia pernah dijajah? Jawaban saya: Tidak// Malaysia tidak pernah dijajah! 2. Adakah Malaysia ada tarikh kemerdekaan? Jawaban saya: Tidak ada// Malaysia tidak ada tarikh kemerdekaan// Malaysia tidak pernah dijajah, maka itu Malaysia tidak ada tarikh kemerdekaan! 3. Adakah Malaysia sudah wujud pada tahun 1957? Jawaban saya: Belum wujud// Malaysia belum wujud (belum terbentuk) pada tahun 1957! 4. Adakah Malaysia sudah menyertai PBB pada tahun 1957? Jawaban saya: Belum// Malaysia belum menyertai PBB pada tahun 1957// Kerana Malaysia hanya wujud (terbentuk) pada 16 September 1963// Yang menyertai PBB pada tahun 1957 hanyalah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), bukannya Malaysia! 5. Bilakah Malaysia (Persekutuan Malaysia) terbentuk? Jawaban saya: Malaysia (Persekutuan Malaysia) hanya terbentuk pada 16 September 1963! 6. Apakah itu ‘Malaysia’? Jawaban saya: ‘Malaysia’ ialah nama negara baru, atau persekutuan baru yang terdiri daripada gabungan empat buah negara, membentuk persekutuan yang dinamakan ‘Persekutuan Malaysia’, dengan konsep ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’! 7. Adakah soalan Sejarah SPM 2008 ini mempunyai tahap kualiti, relibility dan validity yang tinggi? Jawaban: Terpulang kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia! Konsep Malaysia Malaysia ialah nama negara baru (yang lebih besar), atau nama bagi persekutuan baru, merujuk kepada gabungan empat buah negara, iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Kesemua wilayah ini mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri yakni:- a. Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) – 31 Ogos 1957 b. Singapura – 3 Jun 1959 c. Sarawak – 22 Julai 1963 d. Sabah – 31 Ogos 1963 Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Singapura (Lee Kuan Yew), Sarawak (Stephen Kalong Ningkan), Sabah (Donald Stephens) dan British. Manakala pada 16 September 1963, pengisytiharan Malaysia telah dilakukan di Jesselton (Kota Kinabalu). Konsep Asal Malaysia Konsep asal pembentukan Malaysia adalah sebagai rakan kongsi yang sama taraf. Ini bermakna Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tidak sekali-kali sama taraf dengan negeri-negeri lain di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) iaitu seperti Kelantan, Selangor, Perlis, Pulau Pinang dan sebagainya. Hal ini sering kali dinyatakan oleh Tunku dan pemimpin British yang telah menyakinkan pemimpin Borneo Utara (Sabah) bahawa haknya atau identitinya terus terpelihara. Di antara kata-kata mereka adalah: “Dari mulanya, adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identiti sendirinya.” – Lord Cobbold, Chairman, Cobbold Commission (Laporan Suruhanjaya Cobbold) “Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) untuk meneruskan penjajahan. Apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia, ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’..” – Tunku Abdul Rahman Al Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Straits Times, 2 Oktober 1962 Oleh itu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) adalah empat buah negara yang berdaulat telah bergabung membentuk suatu persekutuan iaitu Persekutuan Malaysia. Model Persekutuan Malaysia sebenarnya diilhamkan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. Bermakna United Kingdom yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai empat wilayah utama di bawah satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Keempat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri:- 1. Gabungan UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NORTHERN IRELAND terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Northern Ireland, England, Scotland dan Wales. Walaupun keempat wilayah ini terletak di bawah seorang raja iaitu Queen Elizabeth, mereka mengekalkan identiti sendiri, mempunyai kuasa autonomi sendiri dan mentadbir sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam gabungan ini. 2. Gabungan PERSEKUTUAN MALAYSIA terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Pada asalnya, keempat wilayah ini dijanjikan sebagai rakan sama rata dan mengekalkan identiti masing-masing di bawah seorang raja iaitu Yang DiPertuan Agong. Malangnya setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia tanpa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf kepada salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan berada sama taraf dengan kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh 5 wakil iaitu wakil Kerajaan British, Kerajaan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Bermakna 4 wilayah yang merdeka sebagai sebuah negara berdaulat ini telah bersetuju membentuk sebuah gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Dengan kata lain Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura adalah Negara dalam Malaysia yang mana Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebagai lambang sistem demokrasi Raja Berperlembagaan dengan setiap wilayah mengekalkan identiti dan berkuasa mentadbir sendiri. Kedaulatan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak dalam perjanjian Pembentukan Malaysia ini dikuatkan lagi dengan syarat 20-PERKARA bagi Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA bagi Sarawak yang meliputi antaranya soal Imigresen, Perkhidmatan Awam, Kewarganegaraan, Tarif/ Cukai/ Kewangan, Hak Anak Negeri dan Sistem Pelajaran. Konsep asal Malaysia adalah empat buah negara berdaulat bergabung sebagai rakan sama taraf (Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura). Dengan konsep sebagai rakan sama taraf ini, Sabah dan Sarawak ditadbir oleh Menteri Kabinet Negeri seperti juga dengan Menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Manakala negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ditadbir oleh EXCO Kerajaan Negeri. Sabah pula diketuai oleh Yang DiPertua Negara. Sedutan dari Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, Artikel 20(1), menyatakan bahawa Ketua Negeri Sabah adalah Yang DiPertua Negara.
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 07:46:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015