Global Sangsi niat baik Malaysia Bangkok: Timbalan Ketua Parti - TopicsExpress



          

Global Sangsi niat baik Malaysia Bangkok: Timbalan Ketua Parti Demokrat Thai Thavron Senniam semalam menuduh Malaysia cuba meraih keuntungan menerusi peranannya sebagai fasilitator dalam rundingan damai yang pihak berkuasa Thai dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN). Thavorn menuduh Malaysia berhasrat untuk mendapat faedah daripada hasil ekonomi di tiga wilayah paling selatan negara itu jika rantau berkenaan diberi autonomi mutlak atau separuh menerusi pembentukan zon pentadbiran khas oleh kerajaan Thai sebaik Bangkok menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan pemisah. Bercakap di ibu pejabat parti pembangkang itu, Thavorn menyuarakan rasa sangsinya dengan berkata Yala, Pattani dan Narathiwat serta daerah perdagangan Sadai di Songkhla akan juga digunakan sebagai zon penampan oleh Malaysia sebaik zon itu digabungkan sebagai kawasan pentadbiran khas, pra syarat yang ditetapkan oleb BRN untuk menandatangani perjanjian itu. “Saya bimbang Thailand akan kehilangan ketiga-tiga wilayah itu walaupun kerajaan yang mentadbir negara ini. Kesangsian saya itu kerana ada rundingan sulit di antara mereka,” katanya. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya ‘zon penampan.’ Dia menuduh Malaysia selaku fasilitator rundingan damai berkenaan mencadangkan Sadao dimasukkan ke dalam ketiga-tiga wilayah itu seperti yang dituntut oleh BRN. Dalam pada itu, empat anggota polis mati dan tujuh cedera di Narathiwat kelmarin selepas kenderaan yang mereka naiki diserang hendap kumpulan pemisah. Dua daripada mereka mati di tempat kejadian apabila kenderaan berkenaan terbalik. - Agensi
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 04:43:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015