HASAD DENGKI Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. - TopicsExpress



          

HASAD DENGKI Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi. Hadis ada mendedahkan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam Neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka ialah ulama kerana hasadnya. Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad: Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkun mereka padamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu. (Muhammad: 29-30) Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwanya sentiasa menderita dan terseksa.Bahayanya hasad dengki ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu. Bila kita berhasad dengki, kita akan hina meng hina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan meng- hapuskan kebaikan lainnya. Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persauda- raan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah. Walau banyak mana sekalipun sembahyangnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka. Pernah sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW: Sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang harinya dan di malam harinya bersembahyang tahajjud tetapi selalu menyakiti jirannya dengan lidahnya. Jawab baginda Rasulullah: “(Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka. ” Orang yang kaki tahajjud dan puasa sunat pun masuk Neraka kerana hasad dengki, apalagi kita yang tiada bertahajud, puasa sunatpun tidak, masih lemak dengan hasad dengki dan umpat-mengumpat ini. Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takut kan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Allah berfirman: Hai orang yang beriman, jangan lah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain-lain) dan barangsiapa yang tidak ber taubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al Hujurat: 11) Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepada nya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 12) Begitulah pujukan-pujukan Allah pada kita supa ya kita tidak lagi berhasad dengki, umpat mengumpat dan buruk sangka. Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah: Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersa- manya. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan. Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu. Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hen- dak merosakkan mujahadah kita. Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu. Ingatlah selalu Firman-Nya: Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu. (Al Ankabut: 69) Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan ke lebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlumbaan maka datanglah dengki itu. Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi. Firman Allah: Terjemahannya: Janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (An Nisa’: 32) Allah yang melebih dan mengurangkan pembe rian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba- Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menung gu ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: Barangsiapa tidak redha terhadap taqdir yang berlaku ddn tidak sabar terhadap bala (cubaan) daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.(Riwayat: At Tabrani) Dalam Al Quran Allah berfirman: Dialah yang menjadikan mati dun hidup supayd Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk: 2) Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara ini. Firman-Nya lagi: Sesungguhnya Kami telah mencip- takan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al Insan: 2) Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah. Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 11:01:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015